SU-00093 Kencing sambil berdiri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00093 Kencing sambil berdiri

Assalamualaikum...

Maaf, ini pertama kali saya membuat 'post', mungkin tatacaranya tak kena.
Saya sangat berharap ustaz-usraz dapat membantu saya dalam menyelesaikan persoalan "Kencing berdiri" ni... Ada sahabat saya yang menulis berhubung dengan kencing sambil berdiri; yang akan membantu para syaitan dalam menyembuhkan penyakitnya dengan menggunakan air kencing manusia yang kencing sambil berdiri. Ianya diambil dari buku yang menceritakan Dailog Nabi Muhammad SAW Dengan Penghulu Iblis bernama Azazal/Azazil(tak pasti).Sedangkan dalam Sahih Muslim ada meriwatkan bahawa Rasulluh SAW
pernah kencing sambil berdiri....diriwayatkan oleh Abu Huzaifah.

:wassalam

Re: SU-00093 Kencing sambil berdiri

W'salam

Apa yg benar adalah Rasulullah saw pernah kencing secara duduk maupun berdiri. Ini berdasarkan kpd hadis2 berikut:

Dari Hudzaifah ra, beliau melihat Nabi saw buang air kecil di kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri."[Hadis riwayat Muslim]

Dari Aisyah ra, sesiapa yg menceritakan bahawa Nabi saw buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidak pernah beliau buang air kecil melainkan secara duduk."[Hadis riwayat tirmidzi]

Kedua2 hadis di atas adalah sahih. Walaupun kedua2 hadis ini seakan2 bertentangan, ini tidak bermakna salah satu hadis di atas dimansukhkan.

Utk menyelesaikan percanggahan hadis ini, salah satu dpdnya adalah hadis hukum iaitu hadis yg pertama. Dgn erti kata lain hadis yg pertama menajdi dalil bahawa kencing berdiri itu tidaklah haram.

Imam Nawawi dalam syarah Muslim berkata, yg lebih saya sukai ialah kencing sambil duduk (ia lebih sopan dan adab yg baik) tapi sambil berdiri pun dibolehkan. Kedua-duanya ada dasarnya dari Nabi saw. Allahu a'alam

Sila cari SJ yg terdahulu dgn menggunakan url berikut:
http://al-ahkam.com.my/forum/search.php?Cat=

Masukkan kata kunci 'kencing berdiri'.

Sekian. Wassalam