SU-00253: Aurat dgn ibu/anak saudara sepupu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00253: Aurat dgn ibu/anak saudara sepupu

A'kum,

Pada musim perayaan seperti sekarang, ramai sanak saudara berkumpul di kampung-kampung. Masalah yang ingin ditanya ialah mengenai hubungan aurat di antara ahli2 keluarga.

Diketahui bahawa sepupu adalah bukan ajnabi iaitu boleh berkahwin, jadi wajib menutup aurat di hadapan sepupu lelakinya. dan dihadapan ibu saudara/ ayah saudara tidak perlu menutup rambut(betulkan jika salah) bagi wanita bila berhadapan.
Bagaimana pula masalah nya dengan ibu saudara/bapa saudara sepupu (sepupu kepada ayah dan ibu kita, nasab kita bersambung dengan mereka kepada moyang(grandparent of our parent). Dan anak saudara sepupu kita, nasab kita bersambung kepada nenek(our grandparent).

Adakah mereka (ibu/bapa saudara sepupu dan anak saudara sepupu) dikira ajnabi (tidak boleh berkahwin) dengan kita.

dan akhir sekali, bagaimanakah islam menganjurkan kita bersosial apabila berhadapan dengan ahli-ahli keluarga yang ramai terutamanya daripada sudut aurat dan bersalam-salaman.

Re: Aurat dgn ibu/anak saudara sepupu

:salam

Utk mengetahui apakah seseorang itu mahram ataupun tidak, kita bebralik kpd dalil al-Quran dalam surah an-nisaa'. Alhamdulillah ia telahpun diringkaskan oleh Ust THTL. Sila ke URL berikut utk mendapatkan jawapan. SJ - 2723: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga

Selain dari yg disebut adalah bukan mahram. Maka wajib utk kita menjaga aurat. Tidak ada rukhsoh dalam perkara ini. Adapun mengenai bersalaman ahkam memilih pendpt Dr Yusuf al-Qaradhawi. Sila ke URL berikut utk penjelasan lanjutan. SU-00046 bersalaman dgn wanita

Sekian. WA.

:wassalam