SU-00352 Zakat Fitrah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00352 Zakat Fitrah

Assalamu'alaikum,

Ada sepasang suami isteri yang mempunyai 1 anak. Sebagaimana diketahui, dalam Ramadhan sebelum Hari Raya Puasa, si suami wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk sebanyak 3 orang.

Kebetulan jawatankuasa surau di tempatnya panggil amil ke surau itu pada minggu ke-2 bulan Ramadhan untuk kemudahan penduduk di situ bayar zakat fitrah. Si suami termasuk penduduk-penduduk setempat menyambut baik perkara itu kerana mudah bagi mereka untuk membayar zakat fitrah.

Si isteri kebetulan sedang sarat mengandung anak ke-2, dan doktor jangka akan bersalin pada minggu terakhir bulan Ramadhan.

SOALAN 1: Bolehkah si suami bayar zakat fitrah untuk 4 orang walaupun orang ke-4 (anak ke-2 mereka) masih belum dilahirkan (dengan niat untuk memudahkan)?

SOALAN 2: Jika si suami bayar untuk 4 orang, adakah zakat fitrah untuk ahli keluarga yang ke-4 itu dikira sedekah sunat sahaja? Dan apabila lahir anak ke-2 di akhir-akhir bulan Ramadhan, adakah si suami kena bayar lagi zakat fitrah?

Pohon jawapan dari para moderator. Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SU-00352 Zakat Fitrah

:salam

Sila click URL di bawah:

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=22058&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

Yg belum dilahirkan tidak diwajibkan fitrah di atasnya. Kalau dilakukan juga, maka ia dianggap sedakah. dan ia perlu melakukan sekali lagi kalau lahir pada penghujung ramadhan.