SU-00410 : Makanan dalam mulut, dapat tahu lepas solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00410 : Makanan dalam mulut, dapat tahu lepas solat

:salam

Bagaimana sekiranya saya solat tetapi masih ada makanan dalam mulut (dah berus gigi), dan lepas selesai solat baru tau ada sisa makanan sangkut di celah gigi (kadang-kadang kalau makan daging ke ayam ke etc selalu jadi macam ni sebab gigi saya agak jarang di antara satu sama lain).

Sah ke tidak solat tu. Sebab selalu jadi, penat la kalau selalu nak ulang balik, sebabnya memang gosok gigi lepas makan untuk solat, tapi jadi jugak.

:wassalam

SU-00410 : Makanan dalam mulut, dapat tahu lepas solat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Kewujudan sisa makanan di celah gigi tidak menjejaskan sembahyang. Hatta sekalipun sisa makanan itu tertelan tanpa sengaja, ia tidak membatalkan sembahyang. Yang membatalkan ialah jika dia sengaja menelan makanan tersebut.

Boleh dirujuki balik jawapan ustaz izrail: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35541

Wallahu A'lam.