Displaying 706 - 720 of 1659
706 Pernah 'Kena Tindih' Sewaktu Tidur? Apakah Ia Gangguan Makhluk Halus?

Anda biasa 'kena tindih' semasa tidur? Atau sekurang-kurangnya anda biasa mendengarnya dari kawan-kawan anda yang mengalaminya. Biasanya, 'kena tindih' semasa tidur dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Situasinya begini; semasa kita sedang tidur, ada jin datang dan menindih kita hingga menyebabkan kita seolah-olah lumpuh seketika dan separuh sedar. Apakah benar kita ditindih oleh jin atau diganggu oleh makhluk halus? Atau bagaimana? Untuk memahaminya, mari kita baca artikel berikut:


11 years 9 months ago
707 Jawapan Kepada Isi Twitter Yang Menghina Rasulullah SAW

Jawapan Kepada Isi Twitter Yang Menghina Rasulullah SAW

By Shahmuzir

Status Facebook hari ini saya mulakan dengan menyentuh hal yang ditimbulkan oleh seorang wartawan muda dari Arab Saudi bergelar Hamzah Kashghari: 

Bukan semua yang ada di dalam hati kita boleh kita zahirkan.  Kerana ia boleh menimbulkan natijah apabila ia dikeluarkan samada dalam bentuk tulisan atau kata-kata.  Natijahnya boleh jadi samada baik atau buruk.  Sebab itu, kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata mengikut hawa nafsu kita.  Kena fikir dahulu.  Dan fikir tentang akibatnya.


11 years 9 months ago
708 Keadilan untuk Hamza Kashgari: Hari yang Menyedihkan bagi Rakyat Malaysia dan Umat Muslim || 12 Feb 2012

Islamic Renaissance Front mengecam keras pengusiran Hamza Kashgari atas tuduhan twitnya yang berunsur ofensif.

Disebabkan tindakan pengecut dan tak bertanggungjawab kerajaan Malaysia yang merelakan pengusiran tersebut, Kashragi kini berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman mati di negara asalnya Arab Saudi hanya kerana menuntut untuk menyempurnakan hak kemanusiaannya yang paling asas – kebebasan bersuara dan kebebasan nurani (conscience).

Memandangkan Kanun Syari‘ah yang diamalkan di Saudi – sepertimana negara-negara Islam yang lain yang mempraktikkan Syari‘ah – tertakluk kepada budi bicara dan tafsiran para ulama’, dan Saudi memang dikenali mencatat rekod yang buruk dalam menjamin pendakwaan yang adil serta diperkukuh dengan sejarah penafian hak terhadap peguam dan klien; kami tidak merasakan Hamza Kashgari akan mendapat pembicaraan yang adil.


11 years 9 months ago
709 SURAT TERBUKA kepada Dato' Dr. Hassan Ali

Assalamualaykom w.b.t.
YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.


11 years 9 months ago
710 Sanad Diambil Kira Sehingga Penyusun Kitab Hadis Sahaja..

1. Bila Imam al-Bukhari menyatakan hadis tanpa sanad, ia perlu dicari di dalam kitab hadis lain. Beliau tidak menyatakan sanad, kerana ia tidak menepati syaratnya dan ia diletakkan sebagai tajuk bab.
2. Tersebarnya hadis palsu disebabkan guru agama yang menyebarkannya. Hadis palsu adalah ibarat fatamorgana. Hanya sia-sia siapa yang mengejarnya.
3. Hadis Dhaif masih boleh diamalkan dalam perkara fadha'il
4. Kun-yah (gelaran) adalah sesuatu yang penting dalam sanad.
5. Apa maksud waham (terkeliru) dalam periwayatan.


11 years 9 months ago
711 [Rakaman] EKSKLUSIF TV1 episod Syiah - Mazhab atau Agama?

EKSKLUSIF episod ''Syiah - Mazhab atau Agama?'' 9 Februari 2012, Khamis, jam 10.30 malam, hanya di TV1.

{youtube}KRjvnLifo98{/youtube}


11 years 9 months ago
712 Ringkasan Kisah Muhammad SAW Sejak Kelahiran Hingga Dilantik Nabi

Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini. 

InsyaALLAH, di sini diringkaskan beberapa maklumat berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita.  Maklumat ini dipetik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.

Mudah-mudah2an bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH.


11 years 9 months ago
713 Towards a Peaceful Malaysia: What Role Can Muslims Play?

Ahmad Fuad Rahmat | Reseach Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)

Some 500 Muslims gathered at the main hall of Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Mont Kiara in honor of Maulidur Rasul to discuss the pressing issue of Islam and peace in the Malaysian context. The apex of the conference, if not the moment everyone was waiting for, occurred in the afternoon when a panel between Drs. Dzulkefly Ahmad, Ahmad Farouk Musa, Mazslee Malik and Muhammad Asri on the very subject was held.


11 years 9 months ago
714 Tuan Guru Hj Salleh Penanti: Syeikh Yasin al-Fadani Pernah Ke Pondok Penanti

Guru kami Tuan Guru Hj Salleh Penanti Bin Syeikh Osman Jalaludin lahir di Mekah pada tahun 1928 M (1348 H). Dan meninggal dunia pada 29 Januari 2012 juga di Mekah. Ayahnya adalah Syeikh Osman Jalaludin merupakan murid Tok Kenali. Seorang ulama terkenal pengasas Pondok Penanti atau Madrasah Manabi Ul Ulum, di Bukit Mertajam Pulau Pinang.


11 years 9 months ago
715 Apakah Pada Hari Ini Pengajian Bersanad Menjadi Satu Kemestian?

Sistem pengajian bersanad pada zaman sekarang:

- Tidak sama seperti zaman dahulu

- Sekadar untuk mengambil berkat.

- Untuk meneruskan tradisi pengajian Islam

- Pemahaman dan pengamalan agama tidak disyaratkan diambil dari guru yang bersanad.


11 years 9 months ago
716 [Terjemahan Juz 30 Tafsir Asad Telah Siap!] Memperingati Muhammad Asad

Dr Ahmad Farouk Musa

Muhammad Asad, salah seorang pemikir Islam teragung yang pernah hidup, akan tetapi hampir tidak di kenali di Barat dan suatu misteri bagi kebanyakan orang Islam sendiri. Tetapi, kepada mereka yang mengikuti kehidupannya melalui buku-buku dan penulisannya, pasti mengetahui bahawa tidak ada seorangpun yang lebih banyak memberi sumbangan di dalam zaman ini terhadap kefahaman Islam dan kebangkitan umat Islam, atau berkerja lebih keras untuk membina jambatan diantara Timur dan Barat, melebihi daripada Muhammad Asad.


11 years 10 months ago
717 Benarkah Dakwaan al-Imam al-Syaukani Seorang Syiah?

Imam al-Syaukani pengarang kitab tafsir Fathul Qadir dan kitab syarah Hadis Nailul Authar sering disebut-sebut sebagai seorang Syiah. Sebahagiannya bertujuan untuk mengatakan, seorang ulama yang hebat seumpama imam al-Syaukani yang diterima oleh seluruh kaum Ahlus Sunnah sendiri adalah seorang Syiah. Jadi, mengapa kita pula tidak dapat menerima Syiah..

Apakah benar dakwaan ini.. Dan apa komen anak murid beliau sendiri tentang hal ini. Saksikan video di bawah ini:


11 years 10 months ago
718 Buktikan! Siapa Dakwa al-Bukhari Haramkan Amal Hadith Dhaif

FB Ustaz Adlan Abd Aziz: Utk perhatian peminat ilmu Hadith: Dakwaan sebahagian pihak bahawa ulama hadith silam spt al-Bukhari, Muslim dll 'mengharamkan' beramal dgn hadith dhaif - adalah dakwaan yg tiada bukti dan sokongan, hanya dakwaan. Jika anda tidak setuju, maka datangkan bukti!


11 years 10 months ago
719 Majalah Dian - Ihya' As-Sunnah (Majalah Islami Terbaru)

Ada berita gembira buat pencinta ilmu Islam!

Alhamdulillah, tahun 2012 ini, telah lahir satu lagi majalah baru yang insyaALLAH dapat menggalakkan lagi usaha ke arah mentajdidkan ummat Islam di Malaysia.  Dengan bermotokan Ihya’ As-Sunnah, majalah dengan 100 muka surat dan berwarna-warni ini bakal mencuri hati para pembaca, khususnya para pencinta ilmu Islam, kerana di dalamnya sarat dengan kupasan ilmiah dan menyentuh isu-isu terkini ummat Islam.


11 years 10 months ago
720 Buku Baru: ALLAH!

Segera dapatkan buku ke-4 Salman Sulaiman berjudul Allah!.
Mengandungi 65 buah sajak. 104 muka surat semua sekali termasuk prakata.
Sebuah terbitan bermutu Teratak Seni.
Harga RM20 termasuk pos.
Berminat?


11 years 10 months ago