Sumber Rujukan Islam Anda..
751 |
Kamilzuhairi Bidas al-ahkam.net Isu Penyiaran Rakaman Dialog Terima Kasih JAIP Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridhwan khasnya Bahagian Penyelidikan JAIP yang diketuai oleh Us.Ashraf Ismail, Pejabat Agama Islam Bagan Serai dan semua wakil pihak berwajib negeri Perak mahu pun peringkat kebangsaan yang hadir kerana sudi menerima saya dan rakan-rakan yang dipanggil ''Pengikut Syiah'' untuk mengambil bahagian dalam majlis yang julung kali dianjurkan dan tidak lupa juga berterima kasih kepada beberapa orang aktivis Wahabi tanahair yang hadir bagi melaksanakan tugasan mereka walau dengan apa motif sekalipun 11 years 11 months ago |
752 |
Apabila penzina menghina Islam Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah. 11 years 11 months ago |
753 |
Alaa Ustaz Sistem Kewangan Islam Sama Saja Dengan Sistem Konvensional Oleh Asifa Anuar Sering kita lihat si jahil yang mengkritik dan membetulkan pendapatnya, tapi yang kelihatan hanya kejahilannya.
Malam ini aku sempat mendengar satu perbincangan yang kelihatan canggung di mata ahli akademik dan susah diterima realiti. Walaupun perbincangan tak rasmi di kedai kopi, tapi aku anggap ini satu dari beribu manusia di luar sana yang masih gagal mentafsir Islam dari kaca mata ilmu dan hakikat. Perbincangan antara seorang ustaz yang aku kenal dengan kefahaman akademiknya dengan seorang ahli jemaah di sebuah surau di pinggir bandar Shah Alam sebentar tadi, betul-betul menarik minat aku. Banyak tajuk yang di ketengahkan, dan salah satunya berkisar kepada sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia.
11 years 11 months ago |
754 |
Perkongsian Antarabangsa: Apa sebenarnya berlaku di Syria? SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.
11 years 11 months ago |
755 |
Kerana Tiada Muslim Disekelilingnya, Aysha Belajar Sembahyang Melalui Internet 1. Bersyukur Dapat Belajar Islam Pengetahuannya tentang Islam banyak diperolehinya melalui subjek sejarah. Islam cukup memberi kesan di dalam benaknya. Lulus sekolah menengah atas, dia mengambil jurusan biologi molekuler. 11 years 11 months ago |
756 |
Komentar Ustaz Aizam Mas'ud Tentang Dialognya Dengan Ketua Syiah Malaysia Oleh Ustaz Aizam Mas'ud (JAKIM) Dalam tempoh sebulan ini, penulis berkesempatan untuk berdialog dengan beberapa penganut tegar Syiah di Malaysia. Satu di Melaka anjuran Jabatan Mufti Melaka dan satu lagi di Perak anjuran Jabatan Agama Islam Perak (sepatutnya satu lagi di Johor tetapi dibatalkan tanpa diketahui sebabnya, wallahu a'lam). Apa yang mengujakan apabila ketua Syiah Malaysia, "Hujjatul Islam" Kamil Zuhairi Abdul Aziz sanggup turun sebagai panel utama Syiah dalam dialog di Perak. Apa pun, berdasarkan pemerhatian dan penelitian penulis dalam siri-siri dialog tersebut, golongan Syiah dapat disimpulkan seperti berikut: 11 years 11 months ago |
757 |
(Download MP3) Ustaz Nasim & Ustaz Aizam Berdepan Dengan Tokoh Syiah Malaysia Ustaz Nasim (Abu Naaielah): "Alhamdulillah semalam berlangsung dialog dgn pihak Syi'ah. saya bersama Ustaz Aizam Mas'ud berdepan dgn tokoh syi'ah m'sia Kamil Zuhairi bersama Dr Azmi seorang doktor homoepati di Kemunting Perak. Dengar bagaimana pihak syi'ah mengelak dari menjawab soalan dan berbelit2 lari dr tajuk.. Insyaallah video akan diberikan oleh pihak jaip kpd saya tidak lama lagi.." 11 years 11 months ago |
758 |
[BARU TERBIT] Antara Sunnah Dan Bid'ah Oleh Syeikh al-Qaradhawi Tajuk buku: Antara Sunnah Dan Bid'ah Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud: Jalan (cara) yang ditempuh, samada cara itu terpuji atau tercela. (Dari sudut penggunaan bahasa ini) menunjukkan adanya al-Sunnah al-Hasanah (Sunnah yang terpuji) dan al-Sunnah al-Sayyi-ah (Sunnah yang tercela). Maksud dari sudut bahasa ini bertepatan dengan maksud sunnah di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya: 11 years 12 months ago |
759 |
Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan EmasParameter Pelaburan EmasOleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
11 years 12 months ago |
760 |
PAS Itu Syiah? PAS Diresapi Syiah? Apa Penjelasan Ketua Pemuda PAS Petikan dari FB Ustaz Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS Pusat menjawab asakan sebahagian orang yang menuduh PAS sebagai sarang Syiah. PAS sebagai telah diresapi oleh Syiah. PAS juga dipaksakan untuk mengaku dengan semua yang dituduh itu. Mari kita baca apa penjelasan dari beliau. Kita pertimbangkanlah dengan akal yang waras: 11 years 12 months ago |
761 |
Dengan Ilmu, Tiada Istilah Buang Masa Oleh: Ustaz Adlan Abdul Aziz "Jangan tolak ilmu dan perbincangan ilmiah dengan pelbagai alasan" Sedar atau tidak, kita pernah terpengaruh dengan pandangan sebahagian (dengan niat yg pelbagai) yang nampaknya macam betul, tapi bila difikirkan, ia tidaklah benar 100%. Ini biasa kerana kita manusia yang lemah. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus terpengaruh, bukan? 11 years 12 months ago |
762 |
[Syarah Sahih Muslim] Apakah Status Ibubapa Nabi s.a.w.? Ke Syurga Atau Neraka? Oleh zain-ys (Berdasarkan syarah Sahih Muslim Maulana Mohd Asri)
Bab: Menyatakan Orang Yang Mati Di Atas Kekufuran Itu Akan Berada Dalam Neraka, Tidak Akan Mendapat Syafaat Serta Tidak Berguna Hubungan Kerabat Dengan Orang-orang Yang Hampir Dengan Allah
Dari Anas r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku berada di mana?” Nabi s.a.w. menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda s.a.w., memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”
12 years 1 day ago |
763 |
Menangani Fir’aunisme
Marwan Bukhari | Abduh Study Group | Islamic Renaissance Front
Ali Shari’ati (1933-1975), seorang intelektual Islam yang ulung yang juga merupakan pakar sosiologi pernah menegaskan betapa adanya “triniti sosial” yang selalu bergabung untuk melakukan penindasan dalam masyarakat. Fir’aun (kuasa), Bal’am (agamawan) dan Qarun (harta) merupakan tiga individu di dalam al-Qur’an yang telah dihuraikan oleh Shari’ati sebagai pewaris legasi Qabil dalam pergelutan antara haq dan batil, antara keadilan dan kezaliman. (Tugas Cendekiawan Muslim, diterjemahkan oleh Amien Rais daripada Man and Islam, Mashhad: University of Mashhad Press, 1982 – terjemahan daripada judul asal berbahasa Parsi)
Di antara ketiga-tiga simbol kezaliman tersebut, terdapat kecenderungan mengenali simbol kekuasan dan politik dengan lebih dekat, iaitu Fir’aun, kerana menerusi perbincangan ini akan juga terserlah penyalahgunaan agama dan pemonopolian harta.
12 years 2 days ago |
764 |
Reaksi Ekoran Diskusi Ilmiah Tentang al-Albani Dari facebook Ustaz Adlan Abd Aziz: Apabila ada sahabat-sahabat pendakwa salafi yg berpandangan positif pada kritikan dan diskusi ilmiah, ada sebahagian pula yang bangun dengan slogan 'jangan buang masa dgn perkara2 ini'! Saya tersenyum. Begitu sekali mereka ingin mengawal minda manusia yg telah matang dan bijak berfikir! Teruskan dan anda akan gagal! 12 years 2 days ago |
765 |
Berhujah Tentang Negara Islam Ahmad Fuad Rahmat | Felo Penyelidik, Islamic Renaissance Front (IRF) Sejak bertahun yang lampau, banyak yang telah diulas dan diputuskan tentang “Negara Islam”. Sudut perhatian yang ketara, bagaimanapun, difokuskan terhadap polisi yang kontroversial yang bertaut rapat dengannya, seperti hudud dan polisi moral. Sedikit sangat ruang sebenarnya yang menggarap dan membincangkan apakah hakikat kerajaan Islam yang sebenarnya? Apakah corak yang terlakar pada kerajaan yang sepertinya? Apakah bentuk masyarakat yang diasaskannya? Adakah ia mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi?
12 years 4 days ago |