Sumber Rujukan Islam Anda..
796 |
Menilai Kembali Negara Islam – Bahagian II Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)
Romantisisme Khilafah dan Demokrasi
Saya boleh menerima sekiranya terdapat seruan untuk mencontohi ketelusan dan kebijaksanaan para pemimpin Muslim yang terdahulu seperti Umar Abdul Aziz, Abdul Rahman al-Naashir (Sepanyol), Sultan Muhammad al-Fateh dan lain-lain, namun sungguh ajaib apabila masih kedengaran suara yang menyatakan bahawa masalah umat Islam pada hari ini hanya boleh diselesaikan menerusi satu kalimah, Khilafah!
Simplistik dan keterlaluan dalam romantis terhadap zaman kegemilangan umat Islam hingga lupa bahawa zaman sudah terlalu banyak berlaku perubahan, begitu juga keadaan sesebuah negara, peraturan antarabangsa, sosio-ekonomi, sosio-budaya dan sebagainya.
12 years 2 months ago |
797 |
Dakwat Kekal: Fatwa Negeri Pahang Huraian Tajuk/Isu: 1. Oleh kerana komposisi bahan asas dalam Indelible Ink adalah Silver Nitrate yang memberi kesan coklat kehitaman pada kawasan jari dan kuku yang dicalit. Ia telah menimbulkan beberapa persoalan. Adakah dakwat tersebut menembusi kulit dan menjadi sebahagian daripada kulit atau sekadar menyalut bahagian luar kulit.Pertukaran warna kulit bukan isu sebenar ketelapan air. Jika diperhatikan, kesan warna kulit turut berubah gelap kemerahan apabila kulit terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) daripada cahaya matahari (sunburn) kerana tindakbalas pigmen kulit manusia. Perubahan ini tidak menjejaskan sama sekali air untuk sampai kepada kulit. 12 years 2 months ago |
798 |
Feminisme Ditinjau daripada Lensa Islamis
Oleh Dr Ahmad Farouk Musa
Diterjemahkan oleh Dr Ahmad Nabil Amir daripada “Feminism Through the Lens of the Islamists” | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)
Diskusi pasca-modernisme tentang feminisme Islam adalah lapangan yang tidak lazim diterokai oleh kebanyakan tokoh Islamis. Dan sekiranya mereka dihadapkan dengan cabaran dalam wacana sepertinya, mereka cuba mengalihkannya kepada hujah yang berunsur retorik.
Salah satu dari retorik yang biasa terdengar daripada sebahagian kelompok Islamis adalah al-Qur’an telah mengurniakan hak kepada wanita lima belas abad yang lalu dengan kemajuan yang besar berbanding situasi wanita di tanah Arab sebelum kedatangan Islam, maka apa lagi yang perlu diperjuangkan. Apa yang gagal difahami oleh kebanyakan golongan Islamis, atau mungkin sengaja diketepikan, adalah kenyataan bahawa hak wanita dalam Islam mula merudum dan kembali ke zaman jahiliyah selepas kewafatan Rasulullah.
12 years 2 months ago |
799 |
Dakwat Kekal: Apa Yang Perlu Anda Tahu Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan. 12 years 2 months ago |
800 |
The Islamic Feminism of Zainab Al-Ghazali – Part I Ahmad Fuad Rahmat | Research Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)
Feminism is always a challenge for any community. This is because feminism, in essence, is more than just about the right for women to vote, drive or work. Feminism is ultimately about gender justice, and the improvement of the status of women and their empowerment, individually and collectively. Thus, while it is true that particular demands for changes in policy can be made and deadlines can be set, the question of whether those policies are just, and more importantly, empowering, is a more difficult question to answer.
12 years 2 months ago |
801 |
Memperlekehkan Mazhab - Fahaman Yang Merugikan! Oleh alitantawi Terkadang kita merasa hairan dengan sebahagian ilmuan yang sentiasa menggambarkan kepada masyarakat bahawa Islam itu 'mudah' lagi 'memudahkan' tapi dalam masa yang sama mereka 'menyusahkan' dan 'menyempitkan'. Memang ia menghairankan! 12 years 2 months ago |
802 |
Menilai Kembali Negara Islam – Bahagian I Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)
Sejak kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20, umat Islam seakan-akan hilang arah. Kejatuhan Khilafah dianggap sebagai sangat bermasalah sekalipun umat Islam sudah bermasalah beratus-ratus tahun yang lampau dalam keadaan mereka “dipayungi” Khilafah. Pada awal abad ke-20 itu juga kegiatan kolonialisasi oleh golongan Barat berlaku dengan hebat, bumi umat Islam difaraidkan sesuka hati antara mereka, dan hal ini sangat menggusarkan cendikiawan Islam pada masa itu.
12 years 2 months ago |
803 |
Mufti Mesir : Zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud! Oleh: Shamsul Muda Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.
12 years 2 months ago |
804 |
Hudud Laws: Between the Literal and the Implicit Edry Faizal Eddy Yusoff | Ahmad Fuad Rahmat | Fellows, Islamic Renaissance Front (IRF)
The hudud controversy has now returned to the eyes of the media after it was discussed at the National Syariah Seminar sponsored by the Department of Islamic Affairs of Kelantan. Pas indeed had taken a step forward in their comprehensive proposals for a welfare state but their preoccupation with the hudud issue clearly shows that they are still stuck in the framework of antiquarian politics.
For this evidently shows that the Hudud laws are still a crucial part of their raison d'etre. It doesn’t look likely that this will change, since evoking the hudud is a convenient way to claim that they are the real fighters for Islam in Malaysia, as opposed to UMNO. It also somehow implies that the Islamic credentials of any party somehow hinges on their willingness to apply hudud laws.
12 years 2 months ago |
805 |
Hudud: Antara yang Tersurat dan Tersirat Oleh Edry Faizal Eddy Yusof | Felo, Islamic Renaissance Front [IRF]
Isu hukuman hudud kembali meledak di dada-dada media apabila ia dibincangkan pada Seminar Syari’ah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Parti PAS sekalipun telah mengambil satu langkah kedepan dengan laungan kepada Negara Kebajikan, namun langkah yang satu lagi kelihatan masih tersekat di belakang dengan isu hudud.
Hukum hudud jelas terus berperanan sebagai salah satu raison d'etre parti itu. Tidak mustahil perkara ini sukar diubah kerana hukum hudud adalah cara mudah untuk membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya pejuang Islam dan suatu antitesis kepada UMNO. Ia juga membawa tanggapan bahawa nilai keIslaman sesuatu gerakan itu bergantung kepada betapa seriusnya ia terhadap perlaksanaan hudud.
12 years 2 months ago |
806 |
Umrah : sudah berapa kali anda lakukannya? "Seringkali mereka yang melakukan ibadat Umrah bertanya-tanya diantara mereka mengenai jumlah umrah yang telah mereka tunaikan. Ini merupakan satu fenomena sudah pasti berlaku pada setiap musim Haji dan Umrah. Artikel ringkas kali ini cuba melihat secara kasar apakah amalan Umrah berkali-kali ini merupakan amalan yang utama semasa seseorang itu menziarahi Makkah"
12 years 2 months ago |
807 |
Saya, Anda dan Sikap Suka Bertangguh Kita Oleh: Abong Bagaimana Menghadapi Sikap Bertangguh-tangguh Dalam hidup kita, pasti ada beberapa perkara yang kita suka bertangguh. Apakah perkara itu? Untuk saya, anda dan orang lain, mungkin ia perkara yang berbeza diantara kita. Sama ada kerja atau urusan berkaitan kerja di pejabat, perhubungan, keluarga, kesihatan; kesemuanya termasuk dalam kategori urusan yang kita suka menangguhkannya. Pada hakikatnya kita sedar ia adalah perkara yang penting, tetapi kita pasti bijak mencari idea untuk menangguhkannya. 12 years 2 months ago |
808 |
Negara Islam, Biarkan Wacana Kritis Berjalan Oleh Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)
Saya kira, debat mengenai Islam dan kenegaraan pernah berlangsung hangat tatkala Syeikh Ali Abdul Raziq menggemparkan wacana politik Mesir menerusi buku terkenalnya, al-Islam wa Usulul Hukm beberapa tahun selepas kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan hanya sebuah buku kritikal mengenai politik kenegaraan dan Islam, sekalian ulama al-Azhar pada waktu itu seakan-akan terkejut, lantaran Ali Abdul Raziq juga merupakan salah seorang ulama al-Azhar bersama-sama mereka. Lantas, menyebabkan Ali Abdul Raziq dihukum dengan beberapa tindakan, antaranya ialah dilucutkan statusnya selaku ulama al-Azhar. 12 years 2 months ago |
809 |
Fenomena gerakan tawhib (mewahabikan orang) Dalam banyak-banyak fenomena, "gerakan tawhib" adalah salah satu fenomena yang jelas menunjukkan betapa implikasi hati yang rosak itu bertindak. Bak kata pepatah, 'membujur lalu melintang patah', golongan ini tanpa menghiraukan sesiapapun, apapun keadaan dan situasi yg sebenar, faktanya, kesahihannya..hanya jika boleh dikaitkan dengan Wahhabi maka dicoplah orang yang dituduhnya itu Wahhabi walaupun mungkin orang yang dituduh langsung tidak tahu menahu apa itu Wahhabi, bahkan mungkin orang itu juga sebenarnya adalah penentang Wahhabi! (Ust Aizam Mas'ud) 12 years 2 months ago |
810 |
Naik taraf Maktabah Syamilah Anda Ke Versi 3.45 Masa untuk menaiktaraf Maktabah Syamilah anda ke versi terkini, versi 3.45. Hanya berukuran lebih kurang 12 MB boleh di muat turun di sini [LINK..] Terdapat beberapa perkara yang dikemaskini untuk versi ini, antaranya ialah perbaikan pelbagai perkara kecil, memperbaik dan meningkatkan kepantasan proses import serta menyertakan sekali dengan simbol-simbol font. Diikutsertakan juga font unicode Majma’ al-Malik Fahd, untuk font resam Othmani Hafs. 12 years 2 months ago |