Sumber Rujukan Islam Anda..
766 |
Hijratul Rasul bukanlah satu perayaan suka-suka Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nisa’ ayat 100
11 years 11 months ago |
767 |
[Video] Masalah: Masjid Tak Mesra Kanak-kanak & Masjid Berkunci Masalah masjid yang tidak mesra kanak-kanak:
- Tidak membenarkan kanak-kanak sembahyang di dalam saf
- Berpendapat bahawa ada hadis Nabi s.a.w. yang memerintahkan agar menjauhkan masjid dari orang gila dan kanak-kanak
- Berpendapat bahawa saf jamaah terputus dengan adanya kanak-kanak dalam saf berkenaan.
- Berpendapat bahawa kanak-kanak yang belum berkhatan ada najis pada kemaluannya.
11 years 11 months ago |
768 |
Arguing About the Islamic State
Ahmad Fuad Rahmat | Research Fellow, Islamic Renaissance Front (IRF)
Over the years, much has been said and judged about the “Islamic State”. A great deal of the attention, however, has fallen on controversial policies that are supposedly associated with it, such as hudud and moral policing. Little has in fact been discussed over what an Islamic Government is in the first place. What should such a government be like? What kind of a society would it produce? Will it be democratic?
It was with the hope to further explore such questions that hundreds gathered at the main auditorium of the International Islamic University of Malaysia for the forum “Revisiting the Islamic State” on Wednesday night, 16 November 2011.
11 years 11 months ago |
769 |
Menuju pilihanraya: Tribulasi demokrasi Mesir Meskipun Ikhwan Muslimin bukanlah punca utama tercetusnya revolusi 25 Januari 2011 yang membawa kepada tumbangnya pemerintahan diktator Mubarak, sesiapa pun tidak mampu menafikan peningkatan mendadak sokongan dan populariti Ikhwan Muslimin, dan parti politiknya yang baru ditubuhkan, Hizb Hurriyyah wa ‘Adaalah, semenjak 25 Januari hingga kini.
Selaku parti dan gerakan yang sehingga kini terbukti paling tersusun secara organisasi dan mempunyai ahli yang komited serta wawasan yang jelas dan Islamik, pengaruhnya di dalam masyarakat berjaya mengakar umbi, dan dijangkakan akan diberi kepercayaan besar oleh masyarakat untuk menjadi suara mereka di dewan Parlimen Mesir.
11 years 11 months ago |
770 |
[Mantap!] Ulasan Buku Dr Farish A. Noor Tentang Perjalanan Sejarah PAS Islam Embedded—The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951-003) [Islam Dipadu - Perjalanan Sejarah Parti Islam Se-Malaysia PAS (1951-2003)] Pengulas: Yoginder Sikand Penulis: Farish A. Noor Penerbit: Malaysian Sociological Research Institute (MSRI), Kuala Lumpur Tahun: 2004 ISBN: 983-99866-8-6 Dianggap oleh kebanyakan rakan Muslim yang lain sebagai ‘model’ terdekat sebuah negara Islam, Malaysia adalah negara berbilang kaum di mana penganut Muslim membentuk hampir enam puluh peratus dari populasi rakyat keseluruhan. Hampir semua etnik Melayu adalah Muslim, yang mana hasilnya Islam dan bangsa Melayu pada umumnya dilihat tidak dapat dipisahkan. Politik di Malaysia telah lama didominasi dengan wacana yang tertumpu pada isu agama dan bangsa, dan salah satu pemain utama dalam pentas politik Malaysia yang berliku adalah Parti Islam se-Malaysia (PAS); yang menjadi subjek perbahasan yang menarik dan mengujakan yang dibincangkan dalam buku ini oleh seorang penganalisis politik dan penggiat sosial di Malaysia Farish Noor. 11 years 11 months ago |
771 |
Parlimen: Fahaman Wahabi Tak Sesuai Diamalkan Di Malaysia : Jamil Khir KUALA LUMPUR, 23 Nov - Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 11 years 11 months ago |
772 |
Ini Rahsia Kejayaan Harimau Muda Oleh Ahmad Sharidan Kata-kata ini diucapkan oleh Pelatih Timnas Harimau Muda, Ong Kim Swee sebelum sepak mula final Sepak Bola Sea Games 2011 tempohari, 11 years 11 months ago |
773 |
Khutbah SESUDAH HAJI YANG TERTUNAI - DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS TERJEMAHAN TEKS KHUTBAH JUMAAT OLEH DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS Alih Bahasa Oleh: Abu Fatih Al-Mubaraki [Pembimbing Jemaah Haji Ash-Har Travel] Makkah Al-Mukarramah, 18 Zulhijjah 1432H. 11 years 11 months ago |
774 |
Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah PutusJemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah PutusBy Shahmuzir
“Astaghfirullah, macam ni keadaan belting ni hancur?!” kata saya. “Ha’ah bang. Motor skuter macam abang pakai ni kena selalu buat maintenance bang. Sebulan sekali kena tengok. Manja sikit skuter ni” balas mekanik yang berumur hujung belasan tahun.
Saya termenung. Agaknya selama ni saya bawa motorsikal dalam keadaan belting tersebut nyawa-nyawa ikan sahaja. Dan syukurlah, ajalnya sampai ketika hari masih siang, cuaca elok dan ditentukan oleh ALLAH ia gagal berdekatan dengan woksyop pula. Alhamdulillah.
11 years 11 months ago |
775 |
Reformasi Radikal dan Tariq Ramadan
Dr Ahmad Farouk Musa (Diterjemahkan daripada artikel asal “Radical Reform and Tariq Ramadan” oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front )
Barangkali apa yang jelas di dalam minda setiap Muslim yang berfikiran rasional adalah cabaran yang dihadapi umat Islam dewasa ini, bukan semata-mata dalam merumuskan kembali prinsip-prinsip demokrasi dalam ungkapan Islamik, tetapi juga memperbaharui dan menyesuaikan etika serta pengamatan perundangan Islam dengan amalan demokrasi. Lebih kurang seabad lalu, terbit harapan yang Islam akan menemui jalan untuk merancang sebuah sistem yang menyerasikan antara keimanan dan kemodenan.
11 years 11 months ago |
776 |
Muhammad Asad tentang Alquran Ahmad Syafii Maarif Di antara mufassir Alquran kontemporer, almarhum Muhammad Asad patut dicatat sebagai salah seorang yang paling terkemuka. The Message of the Qur'an barangkali merupakan magnum opus (karya besarnya) yang dikerjakan seumur hidup dengan menetap di Arabia selama beberapa tahun. Terjemahan tafsir yang aslinya setebal hampir 1.000 halaman ini ke dalam bahasa Indonesia akan diterbitkan Mizan dalam tempo dekat ini. Dengan munculnya karya Asad dalam versi Indonesia, maka bertambahlah literatur tafsir Kitab Suci umat Islam ini. 11 years 11 months ago |
777 |
Di Persimpangan Jalan Oleh ROZAID A.RAHMAN APAKAH negara kita sekarang sedang berada di persimpangan jalan? Tidak pasti yang mana satu yang hendak dituju? Sejak akhir-akhir ini kita semua berhadapan dengan pelbagai polemik, perdebatan, perbahasan dan perbalahan. 11 years 12 months ago |
778 |
Hadith Sahih Mazhab kami - Imam al-Syafie Apabila berbicara mengenai persoalan Mazhab dan hadith, sudah tentu ramai yang akan memetik kata-kata Imam Syafie ini : إذا صح الحديث فهو مذهبي Terdapat juga catitan bahawa beliau pernah berkata : إذا صح الحديث خلاف قولي، فاعملوا بالحديث واتركوا قولي Kenyataan ini juga dikaitkan oleh Ibn Abdul Barr dan Imam Sya’raani ditujukan kepada Imam Abu Hanifa. Malah ada beberapa Imam-Imam besar telah dikaitkan dengan kenyataan ini. Jelas menunjukkan bahawa kenyataan ini tidak dapat dicabar, malah para ulama’ salaf benar-benar memahami maksud kenyataan ini. Termasuklah dikalangan murid-murid mereka yang begitu tinggi ilmu pengetahuan mereka didalam Syariah Islamiyyah. Diantara beberapa kesilapan mentafsir kenyataan Imam Syafie ini adalah :- 1. Apabila kita bertemu dengan kalam Imam Syafie yang bertentangan atau tidak selaras dengan hadith Nabi :saw, hendaklah kita meninggalkan kalam Imam Syafie. 2. Pandangan Imam Syafie mengenai sesuatu itu boleh ditarjihkan, kerana kalam ini menunjukkan beliau sendiri mengaku tidak sempurna (maksum). 3. Kalam ini juga menunjukkan bahawa ada kemungkinan Imam Syafie sendiri terlepas pandang beberapa hadith sahih semasa mengeluarkan sesuatu hukum. 4. Kenyataan ini juga merupakan dalil bahawa Imam Syafie sendiri melarang taqlid kepadanya. Kenyataan Imam Syafie ini hendaklah di tafsir menurut ulama’-ulama’ yang benar-benar memahami hakikat sebenar kenyataan beliau. Dengan kata lain, kenyataan ini tidak boleh dinilai sebagai zahir sahaja, tetapi hendaklah dilihat pada makna yang tersirat.Kenyataan ini juga hendaklah ditafsir menurut kedudukan keilmuan beliau yang tinggi, dan bukan dari kaca mata kita yang dhaif ini. Imam al-Nawawi didalam muqadimah Syarah al-Muhazzab berkata : “Apa yang Imam al-Syafie katakan itu tidak bermaksud sesiapa sahaja yang melihat sebuah hadith sahih akan berkata : Ini adalah Mazhab al-Syafie, lalu mengamalkannya secara zahir. Apa yang beliau nyatakan itu hanya boleh diaplikasikan kepada seseorang yang mempunyai tahap mujtahid didalam mazhab. Syaratnya tidaklah bersangka bahawa Imam al-Syafie tidak tahu akan hadith tersebut atau tidak tahu kesahihannya. Perkara ini hanya mungkin terjadi kepada individu yang menyelidiki dan mendalami semua karya al-Syafie dan buku-buku pengikut al-Syafie, mereka yang mengambil ilmu pengetahuan melalui al-Syafie dsb. Ini merupakan syarat yang sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit sahaja yang dapat memenuhi syarat ini” Berkata Imam Ibn al-Salah (Shiekh Abu ‘Amr) : وليس هذا بالهيّن فليس كلّ فقيه يسوغ له أن يستقلّ بالعمل بما يراه حجة من الحديث Gambaran kata-kata Imam al-Nawawi dan Ibn Salah ini sangat jelas menunjukkan bahawa kalam Imam Syafie mempunyai maksud yang tersirat dan tinggi nilainya. Diantara kesimpulan yang dapat kita ambil dari kenyataan Imam Syafie ini adalah : 1. Imam Nawawi rh mengatakan bahawa kalam Imam al-Syafie ini hanya boleh digunakan oleh mujtahid sahaja. Shiekh Taqiyudin al-Subki mengatakan bahawa sangat sukar untuk mendapati seseorang yang boleh mencapai tahap itu pada zaman sekarang [Ma’na Qawl Al-Imam Al-Muttalibi Iza Sahha Al-Hadithu Fahuwa Madhhabi]. Kalaulah benar-benar wujud kepakaran tersebut, maka bolehlah berlepas diri dari pandangan Imam Syafie. 2. Ini menunjukkan Imam al-Syafie sudah meneliti semasak-masak persoalan fiqh yang beliau bincangkan, pasti tidak ada nas-nas yang tidak benar, sehinggakan beliau sanggup mencabar dengan berkata, kalaulah benar ada yang bertentangan dengan hadith sahih, sila kemukakan. Ternyatalah pandangan Imam Syafie sangat kukuh sehingga kini. 3. Kata-kata Imam Syafie ini juga menunjukkan bahawa beliau sangat faqih didalam bidang hadith. 4. Ini merupakan kata-kata tawaddu’ dan merendah diri seorang Imam yang hebat. Janganlah kita mengambil kata-kata Imam ini secara zahir tanpa melihat maksud tersirat yang terkandung didalamnya. Kata-kata ini semata-mata menjadi satu pemisah diantara kitab beliau dengan al-Quran dan sunnah. 5. Hampir semua Imam-Imam Mazhab dikaitkan dengan kenyataan ini menunjukkan bahawa kesemua Imam-Imam ini selagi boleh telah mengumpulkan semua maklumat yang benar didalam kitab-kitab mereka. Malahan, melalui ratusan tahun, kitab-kitab mereka ini dibawa oleh fuqaha’-fuqaha’ yang menjadi pelapis mereka yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tetap utuh. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Shiekh Zafar Ahmad Uthmani bahawa kata-kata ini menjelaskan bahawa Imam-Imam Mazhab ini mempunyai keupayaan didalam melihat nas-nas dan mempunyai pengetahuan yang luas didalam fiqh. Pada zaman sekarang ini, tidak mungkin ada yang boleh mengatakan bahawa seseorang faqih itu mempunyai pandangan yang rajih dari Imam-Imam empat ini. Tidak mungkin Imam Syafie dan Imam-Imam lain terlepas pandang beberapa hadith sahih, kerana mereka ini hidup dizaman periwayatan hadith dan mereka juga salah seorang dari perawi hadith di zamannya. Mana mungkin ulama’ sekarang yang hanya berdasarkan kitab semata-mata menilai semula atau mentahqiq pandangan Imam-Imam yang hebat ini. Seolah-olah Imam Taqiyudin al-Subkhi mengatakan agak tipis untuk melahirkan seseorang yang boleh mencabar pandangan-pandangan Imam-Imam ini pada zaman sekarang. WA. Sekian, wassalam 7 Zulhijjah, 3 Nov 2011 11 years 12 months ago |
779 |
Feminisme Islam Zainab Al-Ghazali – Bahagian II Di sana, terdapat, suatu elemen sufistik yang kuat dalam susuk feminismenya. Elemen sufistik ini agak unik dalam konteks Mesir kerana ia mengapungkan pandang hagio-sentrik, berdasarkan ajaran atau contoh yang biasanya diterajui dan dipelopori oleh mistikus lelaki. Dalam kes Zainab al-Ghazali, pemimpin yang sering dirujuk dan dijejak inspirasinya adalah Hasan al-Banna, pendiri Gerakan Ikhwan [al-Ikhwan al-Muslimun]. Beliau malah pernah mengucapkan: “Saya telah mengikrarkan bai’ah yang utuh kepada Hasan al-Banna bahawa saya akan mati di jalan Allah…” 11 years 12 months ago |
780 |
Beberapa Soalan Untuk Yang Menerima Kajian al-Albani Oleh: Ustaz Adlan Abd Aziz Soalan-soalan berikut adalah untuk anda (pengguna pendapat al-Albani dalam hadith) agar anda dapat menetahui sejauh mana anda telah menjadi seorang pengkaji yang tahu cara membuat kajian berbentuk perbandingan, atau anda sekadar pengikut dan pentaqlid semata-mata. 11 years 12 months ago |