***********************
SJ – 2606 : HARAM TETAPI TIDAK MEMBATALKAN ?
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Anak Ayub daripada Serdang .
Sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini , kami masih belum menemui satu ISTILAH ( Definasi ) yang mengatakan adanya perkara-perkara yang haram dilakukan di dalam sembahyang akan tetapi tidaklah membatalkannya .
Di sini mungkin timbul persoalan di kalangan sebahagian kita : “ Bagaimana pula dengan seseorang yang bersembahyang , akan tetapi dia teringat seorang wanita yang seksi dan yang menggiurkan . Tidakkah ini haram tetapi tidak pula menyebabkan sembahyangnya batal ? “ .
Kami Jawab : Ya , memang benar . Mengkhayalkan ataupun membayangkan seperti itu memang haram , bukan sahaja di dalam sembahyang malahan di luar sembahyang pun turut sama haram hukumnya .
Dan apabila ia berlaku di dalam sembahyang , ia tidaklah dinamakan sebagai “ al-MUHARRAMAT “ ( Perkara-Perkara Yang Dilarang / Diharamkan ) , Cuma ia dinamakan sebagai “ an-NAWAQIS “ ( Beberapa Perkara Yang Mengurangkan Pahala Sembahyang ) .
Oleh itu , tidak ada ( sepanjang pengetahuan kami ) apa yang dinamakan sebagai perkara-perkara yang haram dilakukan di dalam sembahyang ( al-Muharramat ) , tetapi tidak membatalkannya . Ini sebabkan lawan bagi “ al-Muharramat “ ialah “ MA YAJUZ FI’ELUH FI as-SOLAH “ : Apa – Apa Yang Harus Dilakukan Di Dalam Sembahyang .
Kalau Saudara Anak Ayub memang tahu apakah perkara-perkara yang haram dilakukan di dalam sembahyang akan tetapi tidak pula membatalkannya , maka silalah beritahu kami mengenainya . Mudah-mudahan kami juga dapat “ tumpang sekaki “ dan “ tumpang semangkuk “ ilmu yang saudara miliki itu .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
10 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
10 / Jun / 2003 M
SELASA ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum