Assalamualaikum…
Berkenaan solat jamak …
1. Kalau Solat Jamak Ta’khir, andai kata dalam waktu yg pertama tu… seseorang tu tak sempat/terlupa untuk niat…. (tertidur ke dsb) masih bolehkah dia menunaikan solat tu secara jamak? Atau dia dah kena bawah kategori Qadha?
2. Boleh tak kita bercakap antara kedua waktu yang dijamakkan tu?
3. Kalau jamak ta’khir, apa hukumnya jika kita dahulukan solat yang “dijamakkan”? Misalnya jamak Zuhur-Asar dalam waktu Asar…Maka didahulukan solat Zuhur, barulah diikuti solat Asar… hukumnya? WA
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2876: [G] Solat Jama' (Ulangan)
Primary tabs
Sat, 30/08/2003 - 2:52am
#1
SJ - 2876: [G] Solat Jama' (Ulangan)
:salam
1). Tidak terdapat sebrg dalil mengenai perlunya niat jika ingin menjama’kan solat ini. Inilah pendapat jumhur ulama’. Ibnu Taimiyyah mengatakan bhw Rasulullah saw tidak pernah memerintahkan kpd sahabat2 supaya berniat utk melakukan jama’ maupun qasar.(Fiqh sunnah dan koleksi hadis hukum 4)
2). Soalan ulangan. Ini petikan jawapan THTL dari URL berikut:SJ-2111: Solat Jamak - bercakap diantaranya (Bah 2)
-------
Gap di antara dua solat yg akan dijama' itu disebut di bawah hukum muwalat (berturutan atau continuity), jarak di antaranya hendaklah tidak terlalu lama yg disukat melalui uruf (kebiasaan). Tidak ada dalil yg mengatakan tidak boleh bercakap langsung. Tidak pernah kita lihat ada orang musafir yg berhenti dan bersembang antara dua solat yg akan dijama'kan, bahkan musyaqqah (kesulitan) si musafir ialah menyegerakan solat jama'nya dan meneruskan perjalanan.
Jika masih ada masa untuk bersembangsembang sebelum menjama' solat, itu lah maksud saya dalam SJ-2094 (amalan salaf ialah mereka tidak ada pemutus antara dua solat bahkan meneruskan serta merta dengan tidak ada masa untuk bersembang. jadi maksud percakapan itu ialah sembang2)
Jumhur termasuk ahli Tahqeeq hanya menyebut muwalat, tidak terlalu lama menurut sukatan uruf (kebiasaan), konsep muwalat ini terpakai untuk wudhu', janabah, aqad, dll juga, misalnya dalam wudhu', muwalat bermaksud ada continuity dari satu basuhan ke satu basuhan yg lain. Masalah nak bercakap jika ada keperluan tidak membatalkan (nullify) muwalat itu. Inilah penjelasan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa mengenai muwalat.
------
3). Soalan ulangan. Saya petik jawapan oleh THTL dari URL ini: SJ-1237: jamak kasar (Ulangan)
-------
Yang mana dulu:
Jika solat jama'takdim, Zuhr dan Asr, Zuhur didulukan kerana waktu itu sebenarnya waktu Zuhur. Tertib diwajibkan kerana waktu asr belum ujud.
Jika solat Taakhir, boleh didahuluka mana-mana solat kerana tertib tidak wajib sebab waktu zuhr telah berlalu. Inilah pendapat Syafi'iyah (Mughny Muhtaj 1/275 dan hanbaliah (Mughny 2/261)
-------
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Pengesahan:
LULUS