SJ -3176: [G] Jual buku melatih anjing mematuhi arahan tuan

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ -3176: [G] Jual buku melatih anjing mematuhi arahan tuan

Saya ada seorang kawan yang menjual e-book melalui internet. Setiap buku yang dia dapat jual akan diberi commission (komisen). Masalahnya buku yang dijual itu adalah mengenai bagaimana melatih anjing mematuhi tuannya.
Soalannya, apakah halal duit commision yang dia terima?

Re: Jual buku melatih anjing mematuhi arahan tuan

:salam

Dalam muamalah, kita kembali kpd kaedah fiqh yg masyhur iaitu "sesuatu perkara itu adalah mubah/harus selagi tidak ada dalil yg mengatakan sebaliknya." Jadi dalam persoalan menjual buku berkaitan anjing ini, apa pula hukumnya?

Apa yg jelas, ulama' berbeza pendpt mengenai menjual anjing, apakah haram atau sebaliknya. Jumhur ulama' mengatakan menjual anjing itu haram sptmana yg termaktub dalam hadis yg bermaksud:

Abu Mas'ud Uqbah Ibn Amar ra menerangkan bahawa Rasulullah saw telah melarang kita memanfaatkan harga anjing, upah yg dihasilkan wanita pelacur dan upah yg diberikan kpd peramal(tukang tenung).[HR al-Jamaah]

Sekiranya kita menerima pendpt haram, apakah ini bermaksud menjual perkara yg berkaitan dgnnya juga menjadi haram sptmana sabda Rasulullah saw yg bermaksud:

"Sesungguhnya Allah apabila mengharamkan sesuatu, maka Ia haramkan juga harganya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Saya berpendapat menjual buku melatih anjing itu hukumnya mubah. Tidaklah sah utk diqiaskan dgn menjual anjing. Jika kita menganggap menjual buku itu menggalakkan pembelaan anjing, ia juga merupakan alasan yg tidak kukuh krn bersandarkan kpd agakan semata2. Sedangkan penetapan hukum tidak boleh semata2 krn syak.

Bagaimana pula dgn satu kaedah "Apa saja yang membawa kepada perbuatan haram, maka itu adalah haram." Saya katakan, hukum mebela anjing boleh menjadi mubah jika bertujuan utk berburu atau menjadi penjaga sptmana yg dikatakan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Lagipun, yg haram itu ialah membela anjing tanpa tujuan bukannya melatih anjing itu.

Sekian. WA.

:wassalam

RUJUKAN

Koleksi Hadis2 Hukum 7
TM Hasbi

Al-Halal wal-Haram fil Islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/

Re: SJ -3176: [G] Jual buku melatih anjing mematuhi arahan t

:salam
Tas-hih./Tarjeeh

Setelah kami imbangi antara Fiqh Syafi'iy yg ketat mengenai anjing dan Fiqh Maliki yg longgar, maka jawapan Ust G kita adalah rajih. WA