SU-00254: solat jamak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00254: solat jamak

sekiranya seseorang dah berniat nak jamak solat sebab bermusafir,tapi masa sampai ke destinasi masih ada lagi waktu untuk solat..soalannya, adakah dia wajib solat fardhu seperti biasa atau buat solat jamak je?

Re: solat jamak

:salam

Soalan ulangan. Jika sdr mencari di dalam arkib nescaya sdr akan menemui jawapan dgn sepantas kilat. Namun, saya jawabkan secara ringkas.

Soalan sdr tidak jelas. Apakah destinasi itu, rumah sendiri ataupun sebaliknya? Adakah ia kampung yg mempunyai ayah dan ibu? Memandangkan soalan sdr tidak jelas, saya hanya akan menjawab dstinasi dgn erti kata bukan mukim/mastautin.

Utk memudahkan pemahaman, saya buat senario. Saya bermastautin di Petaling Jaya. Dan saya ingin bermusafir dan destinasi saya pondok penanti utk menziarahi sifu zainys yg kacak. Setelah keluar dari mukim, saya dibolehkan utk meraikan rukhsoh spt jama' dan qasar. Setibanya ke destinasi saya, iaitu pondok penanti, waktu asar belum masuk. Saya tetap boleh melakukan jamak dan qasar. Saya jgua boleh memilih utk melakukan secara takdim ataupun ta'khir.

Sekian. WA.

:wassalam

Lanutkan bacaan sdr ke URL berikut:http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=927...