SJ-12-0016: Rumah terbuka: batas masuk rumah jantina lain?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0016: Rumah terbuka: batas masuk rumah jantina lain?

assalamualaikum warahmatullah

harap pihak al-ahkam dapat membantu dalam kemusykilan saya ini..

soalan: bolehkah rumah terbuka dibuat dengan melibatkan jantina berlawanan? setakat mana dibolehkan lelaki masuk ke rumah perempuan dan sebaliknya? ade tak satu borderline yg jelas antara boleh dan tak boleh ni? utk pengetahuan yg akan menjawab, saya pelajar di UK dan rata2 rumah student ni mcm di Msia, rumah bujang belaka. tp bila open house, laki2 jemput perempuan dan mcm tu jugak sebaliknya (of course tak semua rumah).

terima kasih, jazakumullah khairan

SJ-12-0016: Rumah terbuka: batas masuk rumah jantina lain?

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Rumah lelaki atau rumah perempuan, bukan menjadi faktor utama persoalan hukum. Yang menjadi asasnya ialah apakah berlaku perkara2 yang ditegah oleh syarak, spt pergaulan bebas lelaki + wanita. Terjadi mukadimah zina. Arak. Tidak bermoral dsbnya.

Mengadakan rumah terbuka tidak ada bezanya spt masalah kenduri perkahwinan yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita.

Dalam majlis berkenaan dapat kita lihat, ada yg menjaga hukum dengan mengasingkan lelaki dan wanita. Ini adalah untuk mengurangkan risiko pergaulan lelaki + perempuan. Ada juga yang tidak menjaganya. Di samping terdapat pergaulan bebas, diiringi juga dengan alunan lagu2 yang tidak bermoral. Berlaku perkara2 khurafat dan bid'ah.

Rumah lelaki boleh mengadakan majlis atau menjamu makan minum dengan menjemput teman2nya dari kalangan perempuan. Begitu juga sebaliknya. Dan majlis itu akan menjadi baik atau buruk bukan kerana lelaki atau perempuan yang diundang, tetapi bergantung sejauh mana hukum-hakam dan adab2 Islam dapat diamalkan dalam majlis berkenaan.

wallahu a'lam..

Sekian, semoga manfaat utk semua

:wassalam