SJ - 3242: [G] Takbir Muazzin

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3242: [G] Takbir Muazzin

:salam
Seperti dimaklumkan adalah dibenarkan muazzin mengikuti (menyampaikan) takbir imam kepada manusia, jika ada keperluan melakukannya, seperti imam sakit dan suaranya lemah atau ramai sangat orang yang bersolat dibelakang imam terutamanya solat Juma'at.
Kemuyskilan : Adakah perlu mu'azzin itu menguatkan suaranya (takbir) dengan keadaan masjid itu sendiri sudah dilengkapi dengan sound system?
Apakah hukumnya?
Minta penjelasan ustaz ...Terima kasih

Re: Takbir Muazzin

:salam

Kami memohon maaf krn lewat menjawab soalan sdr sehingga tertangguh selama sebulan. Insya allah saya akan cuba menjawabnya mengikut kemampuan saya yg terbatas.

Dr Salih ibn ghaanim al-Sadlaan telah membahaskan persoalan ini dgn panjang lebar dalam bukunya, Solatul jamaah. Apa yg jelas dan pasti, menjadi sunnah bagi imam untuk bertakbir, bertasmid dan bersalam dgn kuat sehingga kedengaran keseluruhan jemaah. Dan adalah juga tidak disukai sekiranya imam itu menaikkan suara melampaui dari yg secukupnya. Namun, sekiranya, suara imam itu kurang jelas, maka dibolehkan utk salah seorang makmum mengulangi takbir/tasmeed/salam dgn kuat agar makmum lain mendengarnya. Dalilnya:

Daripada aisyah ra katanya, "Ketika Nabi saw menderita sakit yg membawa kpd kematiannya, Bilal datang kepada beliau untuk memberitahukan tenang solat. Maka beliau bersabda, "Perintahkan Abu Bakr agar solat." Saya(aisyah) berkata, "Sesungguhnya Abu Bakr adalah seorang lelaki yg berjati lembut. Apabila ia menggantikanmu, nescaya ia kaan menangis dan tidak mampu membaca."Beliau bersabda, "Perintahkanlah Abu Bakr agar solat." Aku pon mengucapkan kalimah spt tadi. Maka beliau sar bersabda utk ketiga kalinya - atau keempat-, "Sesungguhnya kalian adalah wanita2 sahabat Yusuf, perintahkanlah Abu Bakr solat." Abu BAkr pun solat. Lalu Baginda saw keluar dgn dipapah di antara 2 org lelaki, seakan2 aku melihat kaki beliau nampak membuat garis di atas tanah. Ketika Abu Bakr melihat beliau, ia hendak mundur. Namun Nabi saw mengisyaratkan kpd Abu Bakr agar tetap solat. Kemudian Abu Bakr ra tetap mundur dan nabi saw duduk disampingnya, lalu Abu Bakr memperdengarkan takbir kpd manusia."[HR Bukhari]

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa Abu Bakr telah memperdgrkan takbir Rasulullah saw melalui suaranya. Di sampng itu, tujuan/illat kpd perbuatan Abu Bakr itu agar didengari olh makmum yg lain. Dgn erti kata lain, suara Rasulullah saw tidak begitu kuat sehinggakan memerlukan Abu BAkr menuatkan suara takbirnya. Kesimpulannya, adalah dibenarkan utk mamkum mengulangi takbir imam sekiranya suara imam itu tidak dapat didengari oleh makmum dibelakang.

Persoalan skrang, bagaimana pula dgn kejadian/fenomena yg berlaku di masjid/surau yg umumnya illatnya telah tiada. Sheikhul Islam Ibn taimiyyah telah berkata bahawa perbuatan mengulangi takbir imam ini tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw dan salafussoleh kecuali dalam 2 keadaan iaitu:

1) ketika Rasulullah saw sakit akibat jatuh dari kuda dan Abu Bakr menggantikan baginda saw sebagai imam
2) ketika bagidna sakit tenat yg membawa kpd kewafatan baginda yg mana Abu BAkr juga menggantikan baginda sebagai imam.

Beliau berkata lagi bahawa tidak terdapat sebrg perbezaan pendpt dikalangan ulama' bahawa perbuatan mengulangi takbr imam itu tidak dibolehkan melainkan jika perlu. Ibn Taimiyyah juga berpendpt bahawa melakukan perbuatan di atas tanpa keperluan adalah bid'ah.(majmu' fatawa 23/400-403)

Dalam membuat kesimpulan, Dr Salih ibn ghaanim al-Sadlaan mengatakan, meskipun amalan ini diamalkan di Makkah dan Madinah, pada hakikatnya, mengulangi takbir imam itu tidak diperlukan krn illatnya tiada. amalan itu telah menjadi satu adat yg sukar utk dibuang. Sesungguhnya amalan ini perlu diperbetulkan agar tidak bercanggah dgn kehendak Islam yg sebenarnya. Ingin saya sampaikan pesanan Prof Dr Abd Hayei Shukur iaitu 'amalan di makkah dan madinah tidak boleh dijadikan sandaran hukum'. Hanya allah saja yg tahu akan kebenarannya. WA.

:wassalam

RUJUKAN

Solatul Jamaah
Dr Salih ibn ghaanim al-Sadlaan

Fathul Bari
Ibn Hajar al-Asqallani

Re: SJ - 3242: [G] Takbir Muazzin

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Ia dikupas dgn panjang lebar oleh Syaikh Ali Mahfoodz, alIbda' fi Madhoril Ibtida' (Perbuatan Bid'ah dlm Kemudharatan Pelakunya) yg menyimpulkan dari kitab2 empat madhzhab muktabar ialah samada makruh atau bid'ah yg tercela (bab 11, bida' fil masaajid) WA