SJ-13-0021 : Ada Dalil ke?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0021 : Ada Dalil ke?

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

"apa yg kita lakukan kpd org lain, benda tu akan terjadi pulak kepada kita"

Ada dalil ke ungkapan tersebut?

WA

re: Ada Dalil ke?

:salam

Ungkapan ini terlalu umum. Krn balasan terhadap perlakuan buruk seseorang tidak semestinya dibalas di dunia. Ia adalah hak Allah utk menurunkan seksaan/pengajaran kpd hambaNya. Balasan boleh dalam bentuk diduniawi dan juga boleh ketika hari akhirat. Namun hadis yg berkait dgn ungkapan di atas adalah:

Drpd Muadz ra katanya bhw Rasulullah saw mengutusku sebgai gabenor Yaman. Beliau berpesan, "Sesungguhnya kamu akan menghadapi ahli kitab, ajaklah mereka bersaksi bhw tidka ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah. Apabila mereka mematuhi ajakanmu, beritahukan kpd mereka bhw Allah mewajibkan mereka utk mengerjakan solat 5 waktu sehari semlm. apabila mereka telah mematuhinya, maka wajbkan mereka utk menunaikan sedekah yg diambil dr org kaya dan diberikan kpd fakir miskin. Apabila mereka telah mematuhinya, maka lindungilah kehormatan dan harta benda mereka. takutlah kamu terhadap doa org yg teraniaya krn tidak ada tirai yg menghalangi antara doanya dgn Allah."[Hr Bukhari dan Muslim]

Daripada Aisyah ra katanya bhw Rasulullah saw bersabda, "Siapa saja yg mengambil hak org lain walaupun sejengkal tanah, maka akan dikalungkan kpdnya 7 lapis bumi."[HR Bukhari dan Muslim]

:wassalam

Riyadhus Solihin
Imam Nawawi

re: SJ-13-0021 : Ada Dalil ke?

assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat. Sebagai tambahan sedikit, disamping Allah akan memberi balasan kepada seseorang itu samada di dunia atau diakhirat, namun begitu Islam ini satu agama yang amat unik. TAUBAT merupakan kunci pembersihan seseorang yang melakukan dosa. Lihat sahaja didalam Bab Taubah didalam kitab Riyaadu Al-Soliihin, hadith muttafak aliah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'eed ibn Malik ibn Sinaan al-Khudri ra. menceritakan bagaimana seorang yang telah membunuh orang yang ke 100 termasuklah seorang 'Abidf (seorang ahli ibadat) telah pergi kepada seorang yang alim (berilmuf) bertanyakan samada Allah masih mengampunkan dosanya. Beliau menjawab YA, iaitu Allah swt masih menerima taubatnya. Itulah kelebihan ugama Islam, dan amalan Taubat ini yang membezakan kalimah "apa yg kita lakukan kpd org lain, benda tu akan terjadi pulak kepada kita" yang sdr VHoutenJr sebutkan diatas. Sabda nabi saw :-

والذي نفسي بيده ، لو لم تذنبوا لذهب الله تعالى بكم ، ولجاء بقوم يذنبون فيستغفرون
"'Demi nyawanya ditanganku, Jika kamu tidak melakukan dosa, Allah akan pergi kepada kamu, dan membawa mereka yang melakukan dosa kemudian memohon ampun darimu" - [Hadith riwayat Muslim #2749].

كل ابن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون
"Setiap anak Adam melakukan kesalahan, sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan ialah mereka yg bertaubat" - [Hadith riwayat Al-Tirmudzi #2499, dikelaskan sebagai Hasan oleh Al-Albani].

Inilah yang membezakan diantara agama Islam dan agama yang lain. Islam akur dengan kelemahan makluknya yang bernama manusia. Mereka tidak mungkin dapat melarikan diri dari melakukan kesalahan. Jika mereka bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubau nasuha), Insyaallah tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Allah swt hanya akan mengazab mereka yang ingkar dan tidak mahu bertaubat kepada Allah swt. Ungkapan ini ada kebenarannya jika dikaitkan dengan pesalah yang dikenakan hukum qisas atau hukum balas, yakni, apa yang dilakukan kepada orang lain, akan dibalas serupa dengan hukuman tersebut oleh pihak yang berkuasa. Contohnya, bunuh akan di balas bunuh. Bagi mereka yang melakukan kesalahan dan kesnya tidak didakwa ke mahkamah, peluang taubat masih terbuka..... Dan bagi mereka yang bertaubat, ungkapan ini tidak relevant lagi, Insyaallah. WA.

wassalam

خيرالأمين