SJ-1832: tidak melabuhkan tudung maklumat tambahan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1832: tidak melabuhkan tudung maklumat tambahan

assalamua'laikum ustaz,
Baru-baru ini, pihak pengurusan tempat bekerja saya telah membuat peraturan baru kepada pekerja wanita, tudung yang mereka pakai mestilah dimasukkan kedalam baju atas alasan tudung yang dilabuhkan keparas dada tidak kemas.
Soalannya,
1. Apakah hukum wanita yang tidak melabuhkan tudung ke paras dada seperti saranan surah annur ayat 31?
2. Apakah tindakan kami mendiam diri adalah dikira berdosa?
Sebagai tambahan kpd soalan alustaz, maaf kerana tidak dapat reply.
1. Tempat saya bekerja itu tidak mempunyai mesin-mesin yang membahayakan. Hanya jig-jig kecil.
2. Tudung dimasukkan kedalam uniform tanpa mempunyai coat diluarnya.
Terimakasih

Re: SJ-1832: tidak melabuhkan tudung maklumat tambahan


Jawab:
Tudung kepala idealnya (sepatutnya) berada diluar baju tujuannya menutup dada wanita. Jika ia berada dalam baju, ia memerlukan jilbab (pakaian luar) spt coat atau jacket yg loose untuk melindungi bentuk badannya. ia biasa kita lihat dipakai oleh wanita Islam Turki, palestine, dan Lubnan. Ia disesuaikan dengan cuaca mereka yg dingin.
2. Hendaklah pekerja wanita Islam melantik ketua untuk berbincang dgn majikan mengenai apa yg kemas dan apa yg menepati syara' perlu diseimbangkan.
3. Jika menemui jalan buntu hendaklah menghubungi pihak majlis agama spt JAIS (jika di Selangor) untuk mendapat nasihat mereka.
4. Jika pekerja wanita bertudung memakai jeket atau coat yg menutup dadanya, apakah ia juga tidak kemas?
Hubungi kami kembali jika masih tidak berpuas hati dengan jawapan kami.