SJ-05-0014 : iqomah...

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0014 : iqomah...

saya mohon penjelasan tentang iqomah sebelum solat, ketika kita solat sendirian...benarkah kalau kita solat sendirian pun hukum iqomah itu wajib?
jazakumullahu khair...

SJ-05-0014 : iqomah...

:salam

Fuqaha' berbeza pendpt perihal hukum azan iqamah utk solat Jamaah.

Mazhab Syafi'i, Maliki dan sebhgn dari Hanbaliah memandangnya sunat muakkad. Sedangkan Hanafiah, Zahiri dan Zaidiyyah mengatakannya wajib. Dalilnya:

Drpd Malik bin al-Huwairits bhw Rasulullah saw bersabda, "Kalau kalian berdua keluar, maka azanlah, kemudian iqamah lalu hendaklah yg paling tua di antara kalian berdua menjadi imam."[HR Bukhari]

Namun, mereka bersepakat bhw tidak wajib azan dan iqamah ketika solat sendirian. tetapi ia adalah satu amalan yg disukai. WA.

:wassalam

al-Mufashal fi ahkamil Mar'ah wal Bait al-Muslim
Dr Abdul Karim Zaidan

SJ-05-0014 : iqomah...

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih Ust Gayat diatas jawapan diatas. Sebagai tambahan :-

Iqomah menurut mazhab Syafie, hukumnya sunnat mu'akkad. Dr Husammuddin Musa, professor Fiqh dan Usul, Universiti Al-Quddus berkata :-

ÇáÅÞÇãÉ ãä ÇáÓää ÇáãÄßÏÉ ÇáËÇÈÊÉ Úä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã æåí ãÔÑæÚÉ Ýí ÕáÇÉ ÇáÌãÇÚÉ æáãä Õáì ãäÝÑÏÇð ãä ÇáÑÌÇá Ïæä ÇáäÓÇÁ ÝáíÓ Úáì ÇáäÓÇÁ ÃÐÇä æáÇ ÅÞÇãÉ .
"Iqaamah adalah sunat mu'akkad sebagaimana thabit dari Rasulullah saw dan dan ia adalah syara' didalam solat jemaah dan kepada siapa yang bersolat bersendirian dari kalangan lelaki tanpa wanita, dan bukanlah (dituntut) keatas wanita itu azan dan iqamah"

Mustahabnya azan dan iqamah ini thabit dari beberapa hadith Nabi saw dan diantaranya :-

ÅÐÇ ÍÖÑÊ ÇáÕáÇÉ ÝáíÄÐä áßã ÃÍÏßã æáíÄãßã ÃßÈÑßã
"Jika solat tiba, maka salah seorang dari kamu melakukan azan dan biarlah yang tua dari kamu mengetuai kamu" - [Muttafaq 'Alaih]

Dari Uqbah ibn 'Amir berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :-

íóÚúÌóÈõ ÑÈß ãä ÑÇÚí Ûäã Ýí ÑÃÓ ÇáÔÙíÉ ááÌÈá íÄÐä æíÕáí ÝíÞæá Çááå ÚÒ æÌá : ÇäÙÑæÇ Åáì ÚÈÏí åÐÇ íÄÐä æíÞíã ÇáÕáÇÉ íÎÇÝ ãäí ÞÏ ÛÝÑÊ áÚÈÏí æÃÏÎáÊå ÇáÌäÉ
"Tuhan kamu sukakannya apabila gembala yang berada dipuncak gunung melaungkan azan dan kemudiannya bersolat. Maka Allah swt berkata : 'Lihatlah pada hambaku ini, melaungkan azan dan Iqaamah untuk bersolat dan takut kepadaku, maka aku ampunkan hambaku dan memasukkannya kedalam syurga"

Didalam al-Umm, Imam al-Syafie rh menyebut :-

ÝóÅöäú ÊóÑóßó ÑóÌõáñ ÇáÃóÐóÇäó æóÇáÅöÞóÇãóÉó ãõäúÝóÑöÏðÇ , Ãóæú Ýöí ÌóãóÇÚóÉò ßóÑöåúÊ Ðóáößó áóåõ æóáóíúÓóÊú Úóáóíúåö ÅÚóÇÏóÉõ ãóÇ Õóáøóì ÈöáÇ ÃóÐóÇäò æóáÇ ÅÞóÇãóÉò .
"Jika seorang lelaki meninggalkan azan dan Iqaamah didalam solat berseorangan atau jemaah, aku tidak menyukainya (makruh) begitu, dan tidaklah keatasnya perlu mengulangi (solat) yang dilakukan tanpa azan dan Iqaamah"

Syeikh Ibn Qudamah Al-Maqdisi rh berkata :-

æÇáÕÍíÍ Þæá ÇáÌãåæÑ áãÇ ÐßÑäÇ æáÃä ÇáÅÞÇãÉ ÃÍÏ ÇáÃÐÇäíä Ýáã ÊÝÓÏ ÇáÕáÇÉ ÈÊÑßåÇ ßÇáÃÎÑ
"Sah menurut pandangan jumhur mengenai apa yang disebut dan sesungguhnya iqaamah itu adalah salah satu dari dua azan, maka tidaklah ia merosakkan/batalkan solat meninggalkannya sebagaimana [pendapat] yang lain". (al-Mughni 1/303).

Kesimpulannya, menurut Mazhab Syafie bahwa amalan azan dan iqamah ini sunnat mu'akkad. Dr.Mustafa Al-Khin didalam Al-Fiqh Al-Manhaji menyatakan bahawa azan dan iqamah bagi individu merupakan sunat 'ainiah (ÚíäíÉ); pahala sunnat akan diperolehi apabila melakukan.(Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/114) WA.

wassalam
==============
Rujukan.

1. Dr. Husammuddin Musa. Íßã ÕáÇÉ ÇáãäÝÑÏ Ïæä ÅÞÇãÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=73210

2. Dr. Mustafa al-Khin etc. Al-Fiqh Al-Manhaji - 1. cetakan ke 4. Damsyik : Dar al-Qalam, 2000.

خيرالأمين