SJ-12-0103 : wanita terpaksa menumpang!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0103 : wanita terpaksa menumpang!

salam ustaz

saya ada persoalan, apakah hukumnya saya terpaksa menumpang kereta kawan sepejabat yg bukan mahram ketika melakukan tugas di luar daerah...hal ini terpaksa dilakukan sebab pekerjaan itu hanya memerlukan 2 org pekerja iaitu saya dan dia ditambah pula saya tidak ada kenderaan sendiri...WA

sekian

SJ-12-0103 : wanita terpaksa menumpang!

jawapan syeikh thtl dipetik dari milis lain :

Quote:
wa'alaikumussalam

Ini dinamakan situasi yg jarang-jarang berlaku dan jatuhlah ia dalam
keadaan yg keliru, perasaan terpaksa atau dia memang ada keperluan yg
mendesak (kepada transportation). Ini kerana perempuan berjalan
sorang-sorang sekarang ni pun amat merbahaya, jika tumpang orang yg
dikenali pun boleh berlaku jenayah spt rogol dsbnya.

Dalam hal ini perempuan itu boleh memilih utk menerima pelawaan itu
atau menolaknya dan menimbangkan mudharat dan maslahat. Ini pernah
berlaku kepada Aisyah ra ketika berlakunya peristiwa Ifk atau Fitnah
yg Besar, di mana Aisyah diiringi oleh seorang tentera kerana beliau
ditinggalkan oleh pengusungnya. Dalam keadaan dharurat, boleh
menumpang. Manakala masyarakat yg melihat terikat dgn ayat AQ 24:
15-16 (mereka hendaklah bersangka baik bila melihat perempuan terpaksa
menumpang kenderaan lelaki ajnabi). Ia tidak boleh dijadikan
kebiasaan. (*Prof dr Abdul halim Abu Syuqqah, Univ Qatar, Tahreer
alMar'ah/2/136) sahabat dan murid Dr Qardhawi.

Asma' bte Abu Bakar ketika dia pulang dari kebunnya yg agak jauh dari
Madinah, terserempak dgn RasuluLlah saw yg menaiki unta, lalu baginda
memerintahkan untanya berlutut supaya Asma' boleh menumpang unta itu.
Tapi Asma' menolaknya kerana dia teringat suaminya azZubair yg amat
kuat cemburunya. (Dikeluarkan oleh Bukhari dalam sahihnya bab Cemburu
Jld 11/235 dan Sahih Muslim kitab: salam bab: boleh membonceng wanita
lain yg kepayahan dijalanan Jld 7/11
* Rasulullah saw ditemani oleh seorang lagi lelaki Ansar di atas
kenderaan yg berasingan
sekian

wslm

خيرالأمين