assalamualaikum..
pada hari ini isu pemerintahan Islam, ekonomi Islam, Politik Islam, Masyrakat Islam dan sebagainya menjadi topik hangat di gedung putih.....sehinggakan perkara yang bertittlekan islam harus di hapuskan....
sejauhmana keunggulan undang2 islam melawan undang2 sivil?
bagaimana politik islam yang benar2 utuh?
bagaimana caranya kita menangkis tuduhan2 orang2 sekuler tentang lemahnya ajaran islam...?
semoga kalian dapat membahas topik ini
:wassalam
sdr hakim-eze,
sepatutnya polemik hakim ni diletakkan di ruangan Diskusi isu2 Umum dan Semasa kerana topik ni makro. Tapi kita akan jawab dgn seringkas mungkin.
#1: hapus Islam
alJawab:
Usyul menghapuskan perkara yg bertitle 'Islam' ini telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu selagi penggunaan itu tidak merosakkan nama Islam. jadi penggunaan title Islam di Malaysia masih dibenarkan termasuk parti Islam seMalaysia dan majallah 'al-Islam' yang popular tu!
#2: hukum sivil vs syari'ah
alJawab:
Keunggulan undang2 Islam ni ke atas undang2 sivil ialah seseorang yg berhukum dgn hukum Islam menandakan keimanan seseorang. Sebab undang2 Islam itu dari Allah dan menolaknya atau menerima perundangan sivil bermaksud mereka masih ragu2 dalam keimanan. Maka perundangan Islam itu berkait dengan rukun2 iman. Dalil: AQ 4:65
Juga dalil berikut:
AQ: " ALlah-lah yang menurunkan alKitab dengan kebenaran dan neraca (sebagai syari'ah)" AQ 42:17
"kami telah menurunkan bersama-sama mereka (anbiyaa') al-Kitab dan Neraca supaya manusia dapat melaksanakan keadilan."
Walhal hukum sivil adalah dari sisi manusia dan manusia tidak mendapat keadilan.
#3: politik Islam
alJawab:
Tidak banyak kitab mengenai politik Islam yg dikarang, hinggalah kemunculan kitab2 spt alAhkam alSulthaniah oleh alImam alMawardi dan alSiyasah alSyar'iyah oleh Syaikh alIslam alfaqih alImam abul Abbas Ahmad Taqiyuddin Ibn Taymiyah alHarani. Juga kitab2 terkemudian oleh Prof Dr al-Imam Yusof alQardhawi, Fiqh adDawlah.
Kesemua kitab2 di atas telah diterjemahkan. Misalnya kitab Siyasah Syari'iyah oleh Ibn Taymiyah, pada bab pertama lagi menjelaskan keutuhan politik Islam ialah menyampaikan amanah kepad ahlinya, manakala kitab Dr Qardhawi mendetailkan menyangkup bagaimana politik Islam membina kepinpinan dan rakyat yg sama-sama kuat dan saling koreksi (alDin annaasihah)
#4: angkara sekuler
alJawab:
Cara yang paling mujarab ialah:
1. mencelikkan kadar buta agama di kalangan pemeluk Islam
2. mendedahkan kepada orang Islam akan lemahnya ajaran sekuler.
[bacaan lanjutan: Prof syaikh Manna Khalil alQaththan, Mu'awiqat tathbiq syari'ah alislamiah]
sekian