Benar kata Akhi muridulhaq. Menurut Syiekh Muhammad bin Mokhtar al-Syanqithi, mudir Markas Islam di Texas : Islam menyukai jalan yang lurus, jika sesesuatu perkara itu masuk kedalam hal-hal fitnah dan keinginan / ghairah, maka ia dilarang. Menurut beliau ; penggunaan kanta sentuh (ÇáÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÞÉ) bagi tujuan perubatan dibenarkan didalam Islam. Jika wanita memakai kanta sentuh dengan tujuan menarik keinginan atau perhatian lelaki, maka perkara ini tidak dibenarkan didalam syariah.
Soal: Apakah hukum menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan?
Jawab:
Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan jika tiadanya sebarang mudarat terhadap mata dan tidak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah kanta sentuh agak membebankan (mahal) sedangkan seseorang tidak memerlukannya.
Adapun jika ia membawa unsur penipuan, iaitu samada ia seolah-olah mempunyai penglihatan yang baik atau warna matanya cantik maka tidak dibenarkan penggunaan kanta sentuh berwarna ini. Adapun jika dipakai untuk suaminya atau ahli keluarga di rumahnya dan tidak memudaratkan serta tidak berlaku pembaziran maka tidaklah mengapa.
::arrow: Hukum Menggunakan Kanta Sentuh untuk Berhias
Soal:
Apakah hukum memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias?
Jawab:
Memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias adalah dibolehkan, jika tidak terdapat unsur penipuan dan tidak berhias di hadapan lelaki ajnabi, serta tidak mendatangkan mudarat, kerana kaca mata yang dipakai oleh seseorang yang tidak perlu memakai kaca mata boleh memudaratkan mata seseorang. Oleh itu kami menasihatkan agar menjauhinya sekiranya ia boleh memudaratkan. Menolak fasad itu didahulukan daripada mendatangkan maslahah.
::arrow: Tiada Kesan Kanta Sentuh ke atas Puasa
Soal:
Adakah terbatal puasa dengan memakai kanta sentuh?
Jawab:
Kanta sentuh tidak membatalkan puasa kerana tiadanya kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan dgnnya.
::arrow: Kanta sentuh tidak termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah
Soal:
Adakah memakai kanta sentuh itu haram kerana sesetengah ulama' telah berfatwa ianya mengubah ciptaan Allah?
Jawab:
Tidak mengapa memakai kanta sentuh berwarna dan syara' juga membenarkan warna rambut diubah selain hitam dan tidaklah itu mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan perihal 'menyaluti' mata denga kanta tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.
::arrow: Kanta Sentuh - Mandi & Wudhu'
Soal:
Adakah kanta sentuh memberika kesan terhadap mandi dan wudhu' seseorang? Saya memakai kanta sentuh dan adakah dibolehkan jika saya memakainya ketika mandi junub?
Jawab:
Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.
salam,
semuanya bergantung kpd niat asal si pemakai. utk penampilan lebih disayangi suami dan diizinkannya...haruslah.
kalau sekadar bergaya, menunjuk2...dah mengundang kemurkaan allah, apatah lagi membawa kpd dosa besar...bila takabbur
pendapat ana...kalau ana salah perbetulkan ...akhi2 boleh tambah
muridulhaq~worehdemo dale isle
:salam
Saya telah terjemahkan fatwa berkenaan masalah ini. Boleh rujuk di sini
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29354
Semoga bermanfaat.
Wa'alaikumussalam
Terima kasih Ukhti AisyahHumaira diatas terjemahan fatwa diatas... ada beberapa Fatwa didalam BA yang menarik & pendek kalau rajin untuk terjemahkan.
1 . Íßã ÇÓÊÎÏÇã ÇáÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÞÉ. (Hukum menggunakan kanta sentuh).URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=4914&Option=FatwaId
2. Íßã áÈÓ ÇáÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÞÉ ÈÞÕÏ ÇáÒíäÉ. (Hukum memakai kanta sentuh dengan tujuan berhias). URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=4972&Option=FatwaId
3. áÇ ÊÃËíÑ ááÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÞÉ Úáì ÇáÕæã. (Tiada kesan kanta sentuh keatas puasa). URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=11466&Option=FatwaId
4. ÇáÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÞÉ áÇ ÊÏÎá Ýí ÈÇÈ ÊÛííÑ ÎáÞ Çááå. (Kanta sentuh tidak masuk didalam bab mengubah kejadian Allah).URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=14465&Option=FatwaId
5. íÌæÒ áÈÓ Ãí áæä ãä ÃáæÇä ÇáÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÞÉ. (Boleh memakai apa2 warna kanta sentuh??).URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=24388&Option=FatwaId
6. ÇáÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÝÉ æÇáÛÓá æÇáæÖæÁ. (Kanta sentuh - Mandi & wudhu'').URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=61376&Option=FatwaId
Benar kata Akhi muridulhaq. Menurut Syiekh Muhammad bin Mokhtar al-Syanqithi, mudir Markas Islam di Texas : Islam menyukai jalan yang lurus, jika sesesuatu perkara itu masuk kedalam hal-hal fitnah dan keinginan / ghairah, maka ia dilarang. Menurut beliau ; penggunaan kanta sentuh (ÇáÚÏÓÇÊ ÇááÇÕÞÉ) bagi tujuan perubatan dibenarkan didalam Islam. Jika wanita memakai kanta sentuh dengan tujuan menarik keinginan atau perhatian lelaki, maka perkara ini tidak dibenarkan didalam syariah.
Sila lihat : Fatwa Live - http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=J1T8ZZ
Sekian, wassalam
خيرالأمين
::arrow: Hukum Penggunaan Kanta Sentuh
Soal: Apakah hukum menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan?
Jawab:
Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan jika tiadanya sebarang mudarat terhadap mata dan tidak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah kanta sentuh agak membebankan (mahal) sedangkan seseorang tidak memerlukannya.
Adapun jika ia membawa unsur penipuan, iaitu samada ia seolah-olah mempunyai penglihatan yang baik atau warna matanya cantik maka tidak dibenarkan penggunaan kanta sentuh berwarna ini. Adapun jika dipakai untuk suaminya atau ahli keluarga di rumahnya dan tidak memudaratkan serta tidak berlaku pembaziran maka tidaklah mengapa.
::arrow: Hukum Menggunakan Kanta Sentuh untuk Berhias
Soal:
Apakah hukum memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias?
Jawab:
Memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias adalah dibolehkan, jika tidak terdapat unsur penipuan dan tidak berhias di hadapan lelaki ajnabi, serta tidak mendatangkan mudarat, kerana kaca mata yang dipakai oleh seseorang yang tidak perlu memakai kaca mata boleh memudaratkan mata seseorang. Oleh itu kami menasihatkan agar menjauhinya sekiranya ia boleh memudaratkan. Menolak fasad itu didahulukan daripada mendatangkan maslahah.
::arrow: Tiada Kesan Kanta Sentuh ke atas Puasa
Soal:
Adakah terbatal puasa dengan memakai kanta sentuh?
Jawab:
Kanta sentuh tidak membatalkan puasa kerana tiadanya kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan dgnnya.
::arrow: Kanta sentuh tidak termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah
Soal:
Adakah memakai kanta sentuh itu haram kerana sesetengah ulama' telah berfatwa ianya mengubah ciptaan Allah?
Jawab:
Tidak mengapa memakai kanta sentuh berwarna dan syara' juga membenarkan warna rambut diubah selain hitam dan tidaklah itu mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan perihal 'menyaluti' mata denga kanta tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.
::arrow: Kanta Sentuh - Mandi & Wudhu'
Soal:
Adakah kanta sentuh memberika kesan terhadap mandi dan wudhu' seseorang? Saya memakai kanta sentuh dan adakah dibolehkan jika saya memakainya ketika mandi junub?
Jawab:
Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.
Sumber: IslamWeb