SJ-13-0189 : INJIL YG MENGELIRUKAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0189 : INJIL YG MENGELIRUKAN

Tuan,

ana x brape paham mengenai kitab injil.

ade injil barnaba, injil markus,injil new testement,old testement.

mana satu sebenar ye kitab rujukan injil bg umat kristian bg mazhab

protestant,katholik dan ortodoks??

kalau x keberatan boleh sertakan dgn sejarah injil yg ade pd hari ni?

SJ-13-0189 : INJIL YG MENGELIRUKAN

ÇáÌæÇÈ
Kami dapati soalan anda ni dah terlantar selama 45 hari dalam bank soalan. Pertamanya: mintak ma'af banyak-banyak. Kedua: soalan anda ni bukan susah nak jawab, tapi renyahnya banyak kerana ia dah masuk dalam bab Comparative religion (kajian agama perbandingan), manakala panel al-Ahkam tidak ada yang benar-benar mendalami kajian agama Kristian. Cuma terdapat beberapa NGO di KL seperti IIS (Islamic Info Services) yang dikepalai oleh Bro Shah Kirit sentiasa menganjurkan kursus intensif dua hari untuk mereka yang berminat dalam dakwah kepada kaum Kristian atau melibatkan diri dalam interfaith dialogue (dialog antara kepercayaan). Rasanya al-Ahkam ada menyiarkan iklan kursus anjuran IIS tsb.

Untuk tidak menghampakan anda, kami cuba paparkan sepintas lalu dan jika anda ingin pendetailan dan ingin menjadi pendakwah kepada penganut Kristian, maka anda terpaksa menghadiri kursus spt yg kami sebutkan di atas.

Nampaknya anda berminat sangat dengan BIBLE.
A. Pengenalan kepada Bible
Bible atau Injil adalah kitab suci penganut Kristian dan ia menggabungkan sekali kitab Taurat yang dinamakan Old Testament. Old Testament adalah kitab sejarah Nabi-Nabi sejak Adam hinggalah kepada zaman Jesus (Isa) dan ia mengandungi 73 sub-kitab. Manakala kitab Injil yang baru dinamakan New Testament ia dianggap kisah hidup Jesus dan ajarannya. Ia mengandungi 4 kitab: Mathew, Mark, Luke dan John serta 21 atau 22 Risalah. Dalam 4 kitab itu mengandungi sejarah Jesus dan 21 Risalah itu merupakan ajaran Jesus.
Maka the Holy Bible yang dimaksudkan sebagai kitab suci penganut Kristian ialah kitab gabungan Old Testament (Taurat) dan New Testament (Injil). Old testament yang dikarang oleh ulama Kristian pula tidak sama dengan Taurat yang ada di sisi penganut Yahudi. Bible ini baik Old testament atau New testament adalah karya anak2 murid Jesus atau yg dinamakan Hawariyyun. Itu adalah dakwaan mereka. Jika kitab John, adalah karya tulisan Nabi John atau Yahya.

B. Madzhab Kristian
Madzhab Jumhur Kristian ialah Roman Katholik yang berpusat di Vatican city, Itali apabila Roman Empire memeluk Kristian dan menjadikan Kristian sebagai agama resmi pada tahun 380M. Oleh kerana dominasi kerajaan Rom, maka pada tahun 1054M, ia berpecah dua menjadi madzhab Roman katholic dan madzhab Orthodox Timur yang meliputi Yunani (Greek), Cyprus, Mesir, Syria, Lebanon, Palestine, dan Iraq. Ia berpecah kerana politik, bahasa, upacara keagamaan, susunan Bible dan akhirnya menjadi perpecahan akidah (teologi). Abad ke 16M, Ia berpecah lagi kepada madzhab Pembaharu atau Protestant atau aliran tajdid. Empat madzhab utama Protestan ialah Lutheran, Baptist, Calvinis dan Anglican (yang berpusat di England). Kebanyakan penganut Protestant adalah merupakan penduduk USA kerana mereka beramai-ramai berhijrah ke USA kerana sengkita antara madzhab mereka.
Dari segi kitab suci, mereka menggunakan Bible yang sama cuma dari segi susunan, cetakan, ada risalah-risalah yang digugurkan dan ditambah.
Misalnya yang terdapat dalam bilik2 hotel di Malaysia adalah edisi England, King James version, yakni kitab Bible Protestant.

C. Injil Barnabas
Injil Barnabas ialah salah satu kitab New testament yang sudah dihapuskan oleh pihak Gereja Roman katholik yang hanya mengekalkan 4 sahaja (Mathew/Mark/Luke/John), bahkan banyak lagi kitab new testament yang dibakar oleh kerajaan Roman. Menurut ceritanya Barnabas itu adalah salah seorang Hawariyyun Jesus. Oleh kerana ada banyak bible yg dihapuskan, maka muncullah kisah yang terhangat masakini iaitu the DaVinci Code yang membongkar konspirasi Kerajaan Rome dan Padri2 Roman Katholic dalam menyembunyikan ajaran sebenar Jesus.
Injil Barnabas ini masih beredar dalam percetakan (walaupun pihak Gereja telah mengharamkan edarannya) tapi kandungan Barnabas ini adalah satu-satunya jambatanyang mampu menghubungkan ajaran Kristian dan Islam kerana ia masih mengekalkan sifat kemanusian Jesus dan ia mengatakan Jesus tidak disalib.
Itulah sedikit sebanyak yang mampu kami huraikan, jika anda benar2 berminat mendalami agama ini untuk mengalahkan mereka seperti apa yang dicapai oleh almarhum Syaikh Ahmad Deedat (warga South Afrika) dan sekarang Dr Zakir naik, kelahiran Bombay dan Bro Shah Kirit di IIS, setiawangsa KL.

[Ruj: Prof Dr Ahmad Shalaby, prof Sejarah, alAzhar, Muqaranatul Adyan: alMasehiyah; Prof Muhamad Abu Zahrah, Muhadharat fin Nasraniyah, allamah Muhammad Sayyid Ridha, Shubuhatun Nasara wa Hujjul Islam]