1- Apakah hukumnya seorang lelaki memakai inai
2- Apakah hukumnya seorang lelaki memakai inai di jari tangannya semasa bersanding
Harap dapat dijelaskan.terima kasih
Secara ringkasnya : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama' berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai ' berkisar disekitar haram dan makruh. Ia juga termasuk didalam hukum menyerupai kaum wanita didalam bab perhiasan dan kecantikan. Walaubagaimanapun, jika inai digunakan sebagai kaedah perubatan (medication) tidaklah mengapa.
Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama' bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.
pertanyaan akhi radicale sudah pun dah dijawab oleh ustz ziyad. Cuba check link berikut:
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=16347&highlight=inai&sid=e95a08bce785e67afab8fce064e6116c
Wallahu a'lam
w'alaikumussalam
Alhamdulillah. Terima kasih diatas link diatas.
Secara ringkasnya : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama' berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai ' berkisar disekitar haram dan makruh. Ia juga termasuk didalam hukum menyerupai kaum wanita didalam bab perhiasan dan kecantikan. Walaubagaimanapun, jika inai digunakan sebagai kaedah perubatan (medication) tidaklah mengapa.
Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama' bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.
Sekian, wassalam
sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619726
خيرالأمين