Ayat 17, Surah Al Qiyaamah.
"Sesungguhnya mengumpulkan AlQuran(didalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacanya, hendaklah kamu ikuti bacaannya."
1)Adakah hubung-kait Otak dan Hati, bukankah ingatan itu di Otak ?
2)Adakah ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja ?
Bagi kita keseluruhannya, - belajar mengeja dan seterusnya pelancaran, serta pembelajarn tajwid dan menghafal. Bagaimanakah hubung-kaitnya dengan ayat diatas ?
JazakaLlah
Jawab:
Ayat ini perlu digabungkan dengan ayat 114 dari surah Taha. Jumhur mufassir berpendapat ia khusus turun untuk menegur Nabi saw yg begitu bersemangat ketika peringkat awal wahyu diturunkan di mana baginda ingin cepat menghafal ayat2 suci iu sebelum lagi habis Jibrail membacanya kepada baginda. (Tafsir alQasimi, 16/5993)