SJ-05-0141 : Makan semasa solat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0141 : Makan semasa solat?

:salam

Ape hukumnya memakan makanan yg tersisa digigi semasa solat, tetapi bukan dengan niat tapi secara tiba2 sisa makanan tu keluar dari celah gigi dan terasa dimulut, sekiranya terdapat situasi begini, teruskan solat atau berenti solat dan basuh mulut atau bagaimana?

SJ-05-0141 : Makan semasa solat?

:wassalam

alJawab:

Tidak batal, demikian kata Imam Ibn Qudamah alHanbali kerana ia termasuk dalam kesulitan yang sukar dihindari (umum albalwa) (alMughni, 2/62)

Langkah menghindari masalah ini berulang ialah mengamalkan hadith Nabawi yang mulia, " seandainya tidak memberatkan ummatku, niscaya aku akan perintahkan mereka bersugi setiap kali hendak berwudhu'." sahih, albani dalam alMisykah (390)

sekian