Hadis Qudsi
“Tiada muslim yang minum khamar di dunia melainkan Aku (Allah) beri dia minuman neraka (Hamim) sebagai balasan, apakah ia akan diazab terus ataukah akan diampuni kemudian. Dan aku beri kesempatan ia meminum khamar di akhirat sekiranya ia meninggalkannya di dunia semata-mata tempat yang maha suci (Hodhiratul Qudsi, Jannah). Riwayat Thabrani dari Ibnu Umar
Minta tahkik cerita ini. dah dua kali saya dengar
Abdullah Al-Aziz El-Madani bercerita-"Pada suatu hari. Aku bermaksud hendak pergi ke masjid. Di tengah perjalanan, ku dengar suara tangisan dari sebuah rumah, lantas aku masuk ke rumah itu, ku bertanyakan apa yang menyebabkan mereka menangis. Keluarga yang menangis itu mengatakan bahawa seorang ahlinya sedang sakit tenat, hampir maut. Telah berulang kali mereka menalkinkan ke telinganya, tetapi tidak mahu dibalas mengucap akan si sakit itu. Aku hampiri si sakit itu dan ku ajarkan berulang kali ke telinganya akan kalimah " lah ilaaha illallah " tetapi sia-sia belaka. Ku perkuatkan ucapan itu berulang-ulang kali, namun tiada berbalas, tetapi tidak lama kemudian akupun merasa gembira kerana akhirnya si sakit membukakan matanya. Aku fikir akan diucapkannya kalimah itu. Tetapi alangkah sedihnya kerana bukan itu yang diucapkan si sakit malah ia menyatakan telah keluar daripada Islam dan diucapkannya kalimah kafir, dan selesai ucapannya itu iapun meninggal dunia."
"Aku pun segera keluar dari bilik tersebut dan kuceritakan kepada keluarganya hal itu, dan mereka pun sangat kesal dan bersedih. Ku bertanyakan apakah amalan dan kerjanya ketika hayat lalu dijawab bahawa tiada suatu pekerjaan yang mungkar dikerjakannya, hanya setahu mereka beliau seorang yang sering dan biasa meminum arak dan kamar. Begitulah tanggungan peminum arak itu, dan sesungguhnya arak itu air najis, pekerjaan syaitan yang sewajibnya dijauhi."
Kisah itu tidak dapat saya temui sekadar pencarian yang lemah ni...
Tapi minum arak tidak menjadikan seseorang itu kafir. Ia memang dosa besar tetapi peminumnya tidak dihukum kafir kecuali ia menghalalkan arak. Wallahu a’lam.
Berikut adalah beberapa hadith yang saya temui berkaitan arak, mungkin ada kaitan dalam menjawab persoalan di atas:
Hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.3344) bermaksud: Arak itu ibu segala kekotoran, sesiapa yang minum arak, tidak diterima solatnya 40 hari dan jika ia mati dalam keadaan arak itu masih di dalam perutnya, ia mati dalam keadaan jahiliyyah.
Hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.4553) bermaksud: Setiap yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang minum arak di dunia lalu mati dalam keadaan dia masih mengamalkan minum arak dan tidak bertaubat, dia tidak akan dapat meminum arak di dalam syurga.
Hadith sahih (Sahih al Bukhari, no.5578) bermaksud: Dan tidaklah seseorang itu minum arak kecuali dia tidak beriman semasa meminumnya. (masih Islam tetapi tidak beriman)
Wallahu a’lam.