SJ-03-0048 : Najis dan Kucing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0048 : Najis dan Kucing

:salam
Minta maaf kerna posting ini, kerana bersangatan memerlukan jawapan.
Senario:
Saya memelihara seekor kucing, yang tinggalnya di dalam sangkar dan sesekali dilepas keluar bebas dalam rumah. Saya menyediakan sebuah bekas kecil bersama di dalamnya pasir khas (untuk kucing) untuk dia melepaskan hajatnya. Dan saya memberinya makan dari makanan kucing yang diimport dari Jepun yang jenamanya 'Royal Canin'. Untuk minumannya pula sebuah bekas yang diisi air minuman atau air paip. Selalu menjadi tabiatnya menjilat-jilat bulunya yang panjang
Soalan:
1. Bagaimana halnya makanan kucing (dalam bentuk biji-biji) itu yang saya yakini kandungan nya daging dan ayam. Dan ayam dan daging itu belum tentunya disembelih mengikut hukum syarak.Adakah ia najis dan perlu saya membersihkan tangan sekiranya memegang makanan tersebut
2. Sekiranya ia najis, adakah najis juga mulutnya kucing itu, dan adakah najis juga kawasan yang dijilatinya (termasuk bulu2nya yang dijilatinya).
3.Bagaimana halnya bulu-bulunya yang bersentuhan dengan pasir-pasir yang saya yakini tidak dapat tidak, pasti tertinggal serpihan2 najisnya biarpun saya sudah membersihkannya.
4..Sekiranya najis mulutnya, adakah najis juga air di dalam bekas yang diminumnya.
Saya memohon maaf kerana terlalu banyak soalan, kerana jika tiada jawapan, saya akan mengambil kaedah yang susah kerana memikirkan hal ini sedang tiada ilmu.

SJ-03-0048 : Najis dan Kucing

:wassalam

ÇáÌæÇÈ
Jawab:

1. Makanan kucing dari Jepun itu tidak najis kerana bangkai ayam dan lembu yang menjadi bahan asas pelet makanan itu sudah berubah sifatnya. Maksudnya bentuk (dzat) asal daging ayam dan lembu itu sudah hilang sifatnya kerana proses pengilangan dan bertukar menjadi pellet makanan. Maka pelet makanan ini selalu dipegang oleh penternak haiwan yang lain seperti penternak ikan dalam sangkar dan makanan ayam atau itik yang juga diimpot dari luar negara.
Jika anda ingin makanan kucing yg halal-Jakim memang ada dua tiga jenama di pasaran yang mendapat sijil Halal-Jakim kerana ia menggunakan bahan asas daging Halal di Malaysia spt Whiskers.

2-4. Kucing tidak najis kerana Nabi saw menganggap kucing adalah sebahagian dari kehidupan manusia tanpa kita mengambil kira apakah makanan yang dimakannya. Kerana sejak zaman Nabi lagi semua orang tahu kucing memakan bangkai seperti tikus. Hadithnya:
dari Abu Qatadah, di mana RasuluLlah SAW bersabda,” Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Turmudzi:’ hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh alBukhari]
Takhrij/tahqiq: Abu Daud (1/18), anNasa’iy (1/55), Termidzi (1/153/# 92), Ibn Majah (1/131) dan Musnad Ahmad (5/297), disahihkan oleh al-Albani dalam sahih Ibn Majah (367), al-Irwaa’ (173) dan Sahih alJaami’ (2437)
Maka tidak boleh kita mentakwil dan menyelidiki sesuatu yang telah diberi keringanan oleh RasuluLlah saw. sekian