SJ-03-0054 : mayat manusia = bangkai?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0054 : mayat manusia = bangkai?

:salam

hm, ade satu kemusykilan:
adakah mayat manusia itu dikira sebagai bangkai, maka ia adalah najis?
contohnye, jika seseorang membedah mayat (tak kira mayat fresh atau mayat yg telah diawet), lalu pakaiannya terkena badan mayat (yang basah), bolehkah dibawa solat?
dan bgmana kalau kondisi di luar negara kdg2 kesempitan waktu utk bersalin pakaian krn kelas yg pack dsb.

jkkk.
wassalam.

SJ-03-0054 : mayat manusia = bangkai?

:wassalam

al-Jawab:

Ini adalah masalah khilaf fiqhi (diperselisihkan) kerana keumuman dalil.
Dalilnya ialah hadith dgn matan (Çä ÇáãÓáã áÇ íäÌÓ) "Innal muslim Laa yanjus"
(Bahawasanya orang Islam itu tidak najis)

Muslim ketika hidup tidak ada masalah, tapi bila ia mati, maka fuqaha' berselisih, apakah mayat itu najis atau suci. Madzhab hanafi dan maliki mengatakan mayat adalah najis, sedangkan madzhab syafi'iy dan ahmad mengatakan ia suci.

Imam al-Albani berpendapat mayat bukan najis kerana orang yang memandikan mayat tidak diwajibkan mandi (Ahkam alJanaiz, bab 10, # 31)

Maka jika dilihat kasus anda di luar negara dengan kesuntukan masa yang ada, maka memadai dengan wudhu' sahaja selepas pembedahan mayit berdasarkan hadith Abu Hurayra ra, " barangsiapa memandikan mayat, maka hendaklah ia berwudhu'." HR Termidzi, Ibn Hibban dan Ahmad, dinilai Hasan oleh al-Albani dalam Ahkam alJanaiz.
sekian