SJ-02-0010 : Siapakah yang bunuh khalifah Uthman bin affan?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0010 : Siapakah yang bunuh khalifah Uthman bin affan?

assalamualaikum,

harap panel dapat membantu , siapakah pembunuh Saidina uthman bin Affan?

SJ-02-0010 : Siapakah yang bunuh khalifah Uthman bin affan?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan flickerz dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Uthman bin 'Affan ra. telah di bunuh akibat fitnah dan rancangan jahat yang dilakukan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba'. Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi :saw yang melarang membunuh kaum munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka sendiri.

Ibn al-Musayyib menjelaskan bahawa terhadap 7000 bangsa Mesir datang mengadu kepada Uthman ra. mengenai govenor mereka Ibn Abi Sarh yang zalim. Maka Uthman pun berkata : Pilihlah seseorang yang akan memerintah kamu. Lalu mereka memilih Muhammad ibn Abi Bakr. Uthman ra. menulis perlantikan untuknya dan merekapun kembali.

Didalam perjalanan pulang, yang mengambil masa perjalanan 3 hari dari Madinah, seorang hamba hitam bertemu mereka dengan membawa berita bahawa terdapatnya arahan dari Uthman ra. kepada Governor Mesir. Mereka mengeledahnya dan mendapati surat dari Uthman ra. kepada Ibn Abi Sarh mengarahkan kematian Muhammad ibn Abi Bakr dan beberapa orang sahabatnya.

Merekapun kembali ke Madinah dan mengepong Uthman ra. Mereka mendapati bahawa Unta, hamba hitam dan cop mohor adalah kepunyaannya, akan tetapi Uthman ra. bersumpah bahawa dia tidak menulis surat tersebut atau mengarahkan agar surat tersebut ditulis. Diketahui bahawa surat tersebut ditulis tangan oleh Marwan ibn al-Hakam. Uthman ra. telah dikepong selama 22 hari dimana beliau enggan menyerahkan Marwan dan enggan mengundurkan diri.

Beliau telah di bunuh pada hari terakhir Zulhijah, pada hari Jumaat, dalam keadaan beliau berpuasa, oleh beberapa orang pemberontak yang merempuh masuk kerumahnya. [al-Dhahabi, Siyar A`lam al-Nubala’ 1/2: 566-614]

Sekian, wassalam

خيرالأمين