Assalamualaikum
ÅäãÇ ÇáÕÏÞÇÊ ááÝÞÑÇÁ æÇáãÓÇßíä æÇáÚÇãáíä ÚáíåÇ æÇáãÄáÝÉ ÞáæÈåã æÝí ÇáÑÞÇÈ æÇáÛÇÑãíä æÝí ÓÈíá Çááå æÇÈä ÇáÓÈíá ÝÑíÖÉ ãä Çááå
Maksudnya;
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah”
(Surah At-taubah : 60)
Soalan 1
Boleh tak zakat diberi pada ie bayar terus pada
1) Emak saudara yang miskin, sakit serta tidak mempunyai pendapatan(miskin)
2) Organisasi da’wah atau Islamic Relief untuk mengerjakan kerja da’wah dan program ilmu( ? fisabilillah)
3) Adik yang mempunyai kecacatan mental dan fizikal yang tidak punyai pendapatan dan pertolongan dari mana mana pihak
4) Orang yang sakit kronik dan tidak punyai wang, memerlukan derma untuk biayai kos perubatan(kira orang berhutang ke)
5) Pembayaran terus untuk pembinaan masjid atau menolong anak2 yatim (rumah) serta orang islam yang hidup dlm kesusahan spt refugee camp
6) Adik yang masih belajar di UK atau Malaysia(mungkin boleh dibahaskan adik masih dibawah tanggungan bapa)
Soalan 2
1)Bagaimanakah cara pengiraan yang paling mudah untuk zakat simpanan dan pendapatan? Perlukah kita mengasing dua zakat ini jika kita bekerja sambil menabung(bukan simpanan dari tahun lepas)?
2) Apakah nisab kedua-dua jenis zakat ini sama dalam euro/stg/Mys disebabkan saya bekerja di luar negara?Adakah afdal membayar zakat di Negara yg saya tinggal atau Malaysia?
3)Buat pengetahuan tuan saya bekerja diluar negara,dan membayar zakat simpanan secara regular. Saya baru sedar akan perbezaan jenis zakat ini kerana sebelum ini saya mengira zakat hasil lebihan simpanan dari gaji setelah digunakan.Perlukah saya ‘qada’ tahun yang tidak berbayar zakat pendapatan?
4)Mengikut tuan, salafi dan golongan berpegang pada hadis menolak adanya zakat pendapatan atas alas an ianya tidak disebut, mungkin secara literal, dalam hadith. Tapi amalan ini dijalankan dalam zaman Umar Abd Aziz. Ijmak ulama' hasil kajian Sheikh Yusuf al Qardawi tesis 1973, beliau mengambil pendapat Hanafi dalam zakat pendapatan. Boleh tak kita berpegang pada pendapat salafi?
Jazakallahu khair
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ
harus, malahan lebih afdhal dibayar kepada kaum kerabat. kerana zakat kepada kaum kerabat diberikan 2 ganjaran; ganjaran zakat, dan ganjaran silatul rahim.
KECUALI: kaum kerabat yg wajib kita bagi nafkah, spt ibu, ayah, anak, cucu, maka tidak boleh dibayar zakat kepada mereka.
FI SABILILLAH
dilihat fatwa-fatwa ulama moden lebih menjurus kepada diharuskan diberikan zakat kepada organisasi dakwah. kerana faktor2:
i- termasuk dalam fi sabilillah. iaitu jihad. dan jihad dalam Islam samada dengan senjata atau dengan lisan (dakwah).
ii- ketiadaan atau kesukaran menyalurkan bahagian zakat fi sabilillah kepada mereka yg berperang mengangkat senjata untuk menegakkan Agama Allah. maka disalurkan kepada mereka yg berjihad di medan dakwah untuk menegakkan kalimah Allah.
sekiranya termasuk dalam kumpulan fakir atau miskin, maka diberikan zakat kepadanya.
termasuk dalam ahli zakat, boleh disalurkan kepadanya.
pembinaan masjid tidak termasuk dalam asnaf zakat. Dan Allah mengkhususkan zakat diberikan kepada ahli2nya. maka unt pembinaan masjid, disalurkan melalui derma2, atau wakaf2, bukan melalui zakat.
dilihat kepada keadaan adik anda. jika dia seorang yg layak digelar miskin, maka boleh diberikan zakat kepadanya.
atau dia seorang yg mempelajar ilmu syarak, maka termasuklah juga dalam fi sabilillah, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. maka diberikan zakat kepadanya untuk digunakan dalam membeli kitab2.
http://abuumair1.wordpress.com
harta kita yg asal, seperti seseorang yg ada duit dalam bank sebanyak 30 ribu, perkiraan zakatnya adalah suku, manakala zakat pendapatan pula dikira suku. sebab zakat gaji adalah termasuk dalam zakat jenis al-maal al-mustafad.
Ketetapan Majmak Feqah Islami telah menyatakan bahawa setiap mata wang sesebuah negara adalah berlainan jenis dengan mata wang negara lain. seperti mana berbeza jenis antara emas dan perak.
oleh kerana, nilai emas dan perak tidak digabungkan, dikira berasingan, emas ada nisabnya dan perak ada nisabnya, maka begitu juga dengan mata wang negara2. kalau ada riyal, dolar, ringgit, maka setiap mata wang ada nisabnya masing2.
contohnya: kalau ada 3000 ringgit, 3000 riyal, dan 1000 dolar. setiap mata wang itu tidak mencukupi nisab zakat, sekalipun jika dicampurkan semua duit2 itu dan ditukar dengan satu mata wang, mungkin kadarnya mencecah 11000.
bayarlah di tempat anda berada.
jika apa yg dibayar oleh anda kurang daripada kadar sepatutnya dalam pengiraan zakat pendapatan, maka ia dikira hutang dengan ALlah, dan hutang Allah adalah yg paling berhak dibayar.
berkenaan dengan hukum zakat pendapatan, telah beberapa kali dijawab terutama oleh al-fadhil thtl. boleh dicari dalam archive al-ahkam. dan majmak feqah islami pun sudah menerimanya. malahan difatwakan oleh ramai ulama termasuklah di saudi seperti syeikh saleh uthaimin.
wallahu a'lam,.
http://abuumair1.wordpress.com