Åä ÞæãÇ íÃÊæääÇ ÈÇááÍã ¡ áÇ äÏÑí ÃÐßÑæÇ ÇÓã Çááå Úáíå Ãã áÇ ¿ ÝÞÇá : ÓãæÇ ÃäÊã ¡ Ëã ßáæÇ
"Ada orang yang membawa kepada kami dagng, Tidak tahu pula samada mereka menyebut nama Allah (semasa sembelih) atau tidak? Baginda menjawab : Sebutkanlah pada diri kamu, dan makanlah" [Hadith Riwayat Bukhari #5507].
Di atas adalah hadis yang tuan siarkan dalam lama web ahkam.
Sememngnya saya bersetuju jika ada pengeluar produk halal yang tidak menjaga prosedur yang betul, produk itu masih dikira halal jika tiada penyiasatan dan bukti jelas.
Namun, saya berasa kecewa kerana ada segelintir umat islam yang menyalahgunakan ilmu hadis itu untuk memudah-mudahkan islam. Contohnya makan KFC, MCD atau BURGER KING di negara kafir yang sudah tentu tidak halal. alasannya, sembelihan ahli kitab dan boleh baca bismillah untuk 'menghalalkan' makannan tersebut.
soalan saya, bagaimana saya mahu berhujah dengan golongan ini yang rata2nya adalah terdiri dari orang yang 'celik Quran dan hadis'...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kedar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Perbincangan didalam SoalJawab yang lalu menyentuh isu 'asal' sembelihan ayam disebuah kedai itu diiktirafkan halal oleh pihak yang berkuasa, akan tetapi ada segelintar mereka yang meraguinya atas alasan sebenarnya ada orang kafir terlibat didalam penyembelihan tersebut, maka selagi tiada bukti jelas, hukum asalnya masih seperti sediakala; iaitu ia masih halal.
Bagi isu penyembelihan ahli Kitab, Ibn Qudamah rh menjelaskan bahwa "ijma' ulama' bersetuju bahawa dibenarkan memakan makanan yang disembelih oleh Ahli Kitab, sebagaimana firman Allah : 'Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu [al-Maa'idah : 5]. Al-Bukhari rh berkata : telah berkata Ibn Abbas ra : 'makanan mereka' bermaksud daging sembelihan mereka" [al-Mughni, 13/293].
Merujuk kepada Sabda Nabi :saw. A'isyah ra. meriwayatkan bahawa : "Ada orang yang membawa kepada kami daging, Tidak tahu pula samada mereka menyebut nama Allah (semasa sembelih) atau tidak? Baginda menjawab : Sebutkanlah pada diri kamu, dan makanlah" [Hadith Riwayat Bukhari #5507].
Komentar Shiekh Utsaimin rh mengenai hadith diatas , bahawa :-
a. Hadith diatas jelas menunjukkan bahawa asal pemberian daging dari sembelihan yang halal dimakan (orang islam atau Ahli Kitab) tidak perlu diragui status halalnya, melainkan ada bukti jelas yang menunjukkan sebaliknya.
b. Hadith diatas juga menunjukkan bahawa Nabi :saw tahu bahawa si-pemberi adalah dari kalangan orang Islam atau dari kalangan ahli kitab, sebab itu tidak perlu ditanya bagaimana mereka menyembelihnya.
Jika pada asalnya, memang diketahui, seperti FDC, Burger King dan MacDonald di USA, daging lembu tidak disembelih menurut syara', maka kekallah hukumnya sebagai haram. Melainkan terdapat bukti-bulti yang menunjukkan bahawa daging tersebut, misalnya sepertimana KFC di Singapura (mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Singapura), menjelaskan bahawa daging tersebut berasal dari tempat penyembelihan yang dibenarkan oleh syara'. WA..
Sekian, wassalam
خيرالأمين