SJ-13-0292 : Mohon Penjelasan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0292 : Mohon Penjelasan

Salam,
Dalam islam sekiranya terdapat perselisihan sesama muslim kita diperintahkan agar menyelesaikannya dalam tempoh 3 hari,jadi soalan saya seperti berikut;

1)Adakah perintah ini hanya untuk sesama islam?Bagaimana sekiranya kita pernah berselisih dengan orang dari agama lain,adakah tertakluk dalam perintah ini?

2)Bagaimana jika kita tidak bertegur sapa dengan sesama muslim itu melebihi tempoh yg ditetap islam atas sebab kita membenci perbuatan mungkar yang dilakukannya?

Mohon penjelasan berkenaan hal ini?

jazakallahu khairan

SJ-13-0292 : Mohon Penjelasan

ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå.
ÃãÇ ÈÚÏ:

Quote:
1)Adakah perintah ini hanya untuk sesama islam?Bagaimana sekiranya kita pernah berselisih dengan orang dari agama lain,adakah tertakluk dalam perintah ini?

Hukum HARAM memulaukan seseorang melebihi 3 hari adalah khas untuk muslim dengan muslim, kerana:

i- Hadis berkenaan menyebut: 'saudaranya' yakni seagama.
iaitu hadis Anas bin Malik: Nabi SAW bersabda;

áÇ íÍá áãÓáã Ãä íåÌÑ ÃÎÇå ÝæÞ ËáÇË áíÇá
"Tidak halal seseorang muslim memulaukan SAUDARANYA melebihi 3 hari".
HR Bukhari 5/2253 dan Muslim 4/1982

ii- Asas hubungan sesama muslim adalah al-wala' manakala asas hubungan muslim dengan non-muslim adalah al-bara'.
Firman ALlah dalam surah al-Mujadilah ayat 22 "Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yg beriman kepada ALlah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan org2 yg menentang Allah dan Rasul-nya".

Walaupun begitu, ada juga golongan yg kita diperintahkan berbuat baik dengan mereka sekalipun mereka bukan Islam, iaitu kaum keluarga ibubapa. dalilnya:

-firman ALlah dalam surah Luqman ayat 15: maksudnya: "Dan bergaullah dengan mereka berdua di dunia dengan cara yg baik".

-firman ALlah dalam surah al-Isra ayat 26: "Dan berikanlah kepada keluarga2 yg dekat hak mereka".

Quote:
2)Bagaimana jika kita tidak bertegur sapa dengan sesama muslim itu melebihi tempoh yg ditetap islam atas sebab kita membenci perbuatan mungkar yang dilakukannya?

Pada asasnya, apabila mendapati seorg muslim membuat mungkar, maka wajib ada yg menegurnya, mengubah setakat upaya, bukan memulaukannya. Apatah lagi jika maksiat yg dilakukannya secara sembunyi dan menzahirkan kebaikan, maka HARAM dipulaunya. kerana Nabi SAW tidak memulau org2 munafik yg mengzahirkan Islam, walaupun batinnya mereka musuh.

Cuma, bagi orang yang mengZAHIRkan kemungkaran dan bidaah, jika dengan cara memulaukannya, dia boleh bertaubat, dan meninggalkan maksiatnya, maka pada ketika itu hendaklah dipulaukannya sebagaimana Nabi SAW dan sahabat2 memulau Kaab bin Malik dan dua sahabatnya yg tidak menyertai peperangan Tabuk.

Tetapi jika dengan cara memulaukannya, didapati dia semakin melampau2 dengan maksiatnya, maka ketika itu TIDAK boleh memulaukannya kerana;
-membawa kepada mudarat, sedangkan tujuan asal memulaukannya ialah mahukan maslahah.
-sebesar mana maksiat yg dilakukan, dia tetapi termasuk dalam ertikata 'muslim', yg diharamkan memulaunya melainkan jika ada maslahah.

kesimpulan daripada:
-Fatawa Manar Islam 3/732
-Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 28/204
-Fatawa Lajnah Daemah 25/327