SJ-05-0253 : Musafir terbang waktu solat Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0253 : Musafir terbang waktu solat Jumaat

:salam

Saya merancang untuk melancong ke luar negara. Kira musafirlah tu. Situasinya ialah apabila sy nak book outbound ticket, drpd senarai flights yg ditawarkan, yg paling murah hanya hari Jumaat, departure pukul 1:15 pm, ngam2 waktu solat Jumaat. ~ Cth: AirAsia ada fare type T,Q,A,L,V,U yg masing2 berbeza dr RM 8.88 sehingga RM 199.99 bg destinasi sama di waktu yg berlainan)

Persoalannya, bolehkah saya sengaja teruskan niat sy membeli tiket utk fly pd t/hari Jumaat tsb memandangkan pasti sy akan ponteng solat Jumaat, sedangkan saya berkelapangan pd hari lain tetapi tidak mahu beli tiket tsb atas alasan fare type jadi lebih mahal? Adakah syara' menilai ini sbg 'sengaja tuang solat Jumaat'?
Kalau atas urusan kerja, takpelah kot. Kalau kes saja2 melancong, camne?
jkk
:wassalam

SJ-05-0253 : Musafir terbang waktu solat Jumaat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bermusafir pada hari jumaat tidak ada dilarang, Malah, Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh mengatakan bahawa mereka yang tidak membenarkan diri mereka bermusafir pada hari Jumaat telah melakukan satu bid'ah (Sila lihat - Bid'ah Hari Jumaat #1). Maka bagi mereka yang bermusafir pada hari Jumaat, solat Jumaat tidak wajib bagi mereka.

Berikut kami petik SoalJawab yang lalu mengenai bermusafir pada hari Jumaat.

SJ-06-0021 : Safar Hari Jumaat.... wrote:
Terdapat juga ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.

áã ÊÌÈ ÇáÌãÚÉ Úáì ãä íäÔÆ áåÇ ÓÝÑðǺ ÝÅä ÇáÌãÚÉ áÇ ÊÌÈ Úáì ãÓÇÝÑþ.þ
"Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,"

Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama' jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.

Fatwa IslamOnline didalam mengulas fatwa Atiyah Saqr menyatakan :-

áíÓ Úáì ÇáãÓÇÝÑ ÌãÚÉ ¡æáæ ßÇä ÓÝÑðÇ ãÈÇÍðÇ ¡ßÃä íßæä ááäÒåÉ Ãæ ÇáÇÓÊÌãÇã ¡Ãæ ßÇä áÞÖÇÁ ÍÇÌÉ æäÍæ åÐÇ ¡æÞÏ ÓÇÝÑ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æáã íÕá ÇáÌãÚÉ ¡Èá ÌãÚ Èíä ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ ¡æÅä ßÇä ÇáÃÝÖá ÕáÇÊåÇ ¡ãÇáã íßä åäÇß ãÇäÚ ¡æÐáß ãä ÈÇÈ ÇáÃÝÖáíÉ áÇ ÇáæÌæÈ.
"Bukanlah bagi orang yang bermusafir itu kewajipan Jumaat, samada permusafirannya harus, atau berkelah, atau untuk relax, atau memenuhi sesuatu permintaan dan sebagainya, maka Nabi :saw pernah bermusafir dan tidak bersolat Jumaat, bahkan beliau melakukan Jama' diantara Zohor dan Asar, dan jika ia merasakan bersolat (Jumaat) lebih baik, maka disana tidak ada larangan, dan itu merupakan bab fadhilat dan bukannya kewajipan"

Menurut Prof Dr Ahmad Yusuf Sulaiman pula :-

æÃãÇ ÕáÇÉ ÇáÌãÚÉ ÝáÇ ÈÏ Ãä Êßæä Ýí ÌãÇÚÉ¡ æÝí ÇáãÓÌÏ¡ æåí áÇ ÊÌÈ Úáì ÇáãÓÇÝÑ¡ ÝÞÏ ÕÍ Ýí ÍÏíË ÇÈä ÚãÑ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ Ãä ÇáÌãÚÉ áÇ ÊÌÈ Úáì ÇáãÑÃÉ æÇáãÑíÖ æÇáÚÈÏ æÇáãÓÇÝÑ¡ æåÐÇ ãä ÈÇÈ ÇáÊÎÝíÝ æÇáÊíÓíѺ áÃä ÇáãÓÇÝÑ ãÔÛæá ÈÃãÑ äÝÓå áÈÚÏå Úä ãæØä ÅÞÇãÊå æáÊÔÊÊ ÝßÑå æÊÛíÑ ÚæÇÆÏå ãåãÇ ßÇä ÇáÓÝÑ ãÑíÍðÇ¡ ÝÞÏ ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã: "ÇáÓÝÑ ÞØÚÉ ãä ÇáÚÐÇÈ"¡ æÇáÓÝÑ ÚÇã íÔãá ßá ÓÝÑ ÞÏíãðÇ æÍÏíËðÇ ãåãÇ ÇÎÊáÝÊ æÓÇÆáå Ãæ ÊÚÏÏÊ ØÑÞå¡ æÈäÇÁ Úáíå ÝÅÐÇ Õáì ÇáãÓÇÝÑ ÇáÙåÑ ÝÅäå íÌæÒ áå Ãä íÕáíåÇ ÞÕÑðÇ¡ Èá åÐÇ æÇÌÈ ÚäÏ ßËíÑ ãä ÇáÚáãÇÁ áÃä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ãÇ ÃÊã ÕáÇÉ Ýí ÓÝÑ ÞØ. æÇááå ÃÚáã.
"Bagi solat Jumaat, ia mestilah dilakukan secara berjemaah didalam masjid, maka tidaklah di wajib keatas musafir, telah sahih dari hadith Ibn Umar ra. bahawa pada hari Jumaat tidak diwajibkan keatas wanita, orang sakit, hamba dan musafir, ini merupakan bab keringanan dan kemudahan, kerana sesungguhnya sedang sibuk dengan urusannya, jauh dari tempat watannya dan tempat tinggalnya dan kecamuknya pemikiran, perbezaan kadar (rates) bagi menentukan permusafirannya selesa, maka Rasulullah :saw bersabda :'Permusafiran adalah sebuah azab', secara umumnya permusafiran termasuklah permusafiran sekarang dan dahulu, tidak kira apa perbezaannya, atau perjalanannya yang pelbagai arah, dimana apabila Musafir bersolat Zohor maka dibolehkan keatasnya bersolat secara qasar, bahkan ada kebanyakkan ulama' mewajibkan demikian kerana sesungguhnya Nabi :saw tidak bersolat penuh sama sekali pada masa bermusafir".

Kesimpulannya, dibolehkan bermusafir pada hari Jumaat, dan status solat bagi mereka yang bermusafir adalah tidak wajib. Bermusafir disini tidak mengira samada urusan kerja, berehat, melancung dan sebagainya, bak kata Ibn Taimiyah, bermusafir tanpa dikenakan sebarang syarat. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين