SJ-05-0266 : Qadha Solat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0266 : Qadha Solat?

THTL,
ini saya kopi dari laman web al-firdaus

4. Perlu kah menggantikan solat yang pernah kita tinggalkan masa "zaman kejahilan semasa tak amalkan Islam"? Adakah wujud solat qada'? Ada ustaz ckp lepas solat subuh and solat asar tak leh buat solat sunat kecuali solat qada' (ganti solat yang pernah kite tinggalkan), betul ke?

Jawab THTL:

Qadha solat yang luput kerana kejahilan bermaksud mengQadha' solat yang ditinggalkan dengan sengaja. Ini adalah khilaf. Jumhur menetapkan wajib qadha' kerana ia dianggap hutang dengan Allah.

Soalan: Boleh berikan dalil2 para Jumhur tersebut yakni dari Al-Quran dan Hadis?

Ahli tahqeeq spt Syaykhul Islam Ibn Taymiyah dan Ibn Hazm pula menetapkan qadha solat spt ini adalah bid'ah dan sia-sia. Mereka menyarankan taubat dan memperbanyakkan solat sunat. Saya cenderung kpd pendapat Ibn Taymiyah.

Soalan: Boleh berikan dalil2 Ahli Tahqeeq tersebut yakni dari Al-Quran dan Hadis?

Harap pencerahan. TK

SJ-05-0266 : Qadha Solat?

al-Jawab:

Ana memerlukan sedikit masa kerana buat masa ini ana tiada kitab rujukan.

Dalil Jumhur:

1. HR Muslim (apabila salah seorang drpd kamu tertidur atau terlupa, hendaklah bersolat pada masa ia mengingatinya. Sesungguhnya Allah AWJ berfirman, "Dirikan solat utk mengingati-Ku." (AQT 20:14)

2. HR al-Bukhari (Hutang Allah lebih berhak untuk ditunaikan)

3. lmam Nawawi berkata ia ijma' ulama.

(al-Majmu', 3/75).

Dalil Muhaqqiqin:

al-Ma'uun: 5-6 (iaitu mereka yg lalai daripada menyempurnakan solatnya)
Maryam: 59 (Kemudian mereka diganti oleh keturunan yang mencuaikan solat serta enurut hawa nafsu, mereka akan menghadapi adzab)
atThalaq: 01 ( sesiapa yg melanggari aturan2 hukum Allah, sesungguhna dia telah menzalimi dirinya sendiri)

sekian