:salam
Benarkah hukum kita mesti membaca setiap bacaan dalam solat sehingga telinga kita sendiri mendengarnya, jika tidak bacaan tidak sah atau tidak boleh dibaca secara buka mulut sahaja?
Terima kasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Benarkah hukum kita mesti membaca setiap bacaan dalam solat sehingga telinga kita sendiri mendengarnya, jika tidak bacaan tidak sah atau tidak boleh dibaca secara buka mulut sahaja?
Terima kasih.
:wassalam
al-Jawab:
Tatacara solat ini terhasil melalui pemerhatian kepada sifat solat Nabi SAW kerana baginda memerintahkan para sahabat berbuat demikian." solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat" Sollu kama ra`aitumuunii usalli" (HR alBukhari). Maka Nabi memperlihatkan amali solat tsb dan sahabat nampak bentuk pergerakan anggota (fi'li) dan lisan (qauli).
Jika Nabi saw membaca terlalu perlahan, maka bagaimana para sahabat menghafal bacaan-bacan dalam solat? Maka sudah tentu baginda menguatkan.
Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah berkata pernah Nabi melewati Abu Bakar sedang solat dan selepas itu baginda menegur Abu Bakar supaya memperkuatkan sedikit bacaannya. Ini kerana Abu Bakar membaca terlalu perlahan spt berbisik. Suatu ketika baginda melihat Umar solat lantas menegurnya kerana kuatnya bacaan Umar, baginda menasihati Umar supaya pelankan sikit volumenya. Jadi carilah range volume yg pertengahan antara Umar dan Abu Bakar. sekian