SJ-09-0017 : Soalan Dari Bakal Haji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0017 : Soalan Dari Bakal Haji

Saya amat beharap agar ust dappat membantu saya yang akan ke tanah suci dalam beberapa minggu lagi...

Apabila saya berada di dalam kapal terbang :

1. Bolehkah saya solat tanpa wuduk - dan sembahyang menghormati waktu - wajib qada bila sampai destinasi?

2. Solat dengan bertayamum (ambil debu dimana2 bahagian pesawat) dan solat seperti biasa (dlm keadaan duduk) dan tak perlu qada. Tak perlu juga menghadap kiblat semasa takbirratul ihram?

3. Mestikah sekurang2 nya menghadap kiblat pada masa takbirratul ihram?

SJ-09-0017 : Soalan Dari Bakal Haji

al-Jawab:

Tahniah di atas peluang tsb. Semuga dipermudahkan segala urusan.

1. Solat tanpa wudhu' tidak boleh kerana wudhu' itulah syarat sah solat (HR Bukhari-Muslim dari Abu Hurayra). Solat hormat waktu juga telah dimansuhkan oleh AJK Fatwa Urusan Haji Malaysia, maksudnya pelaksanaan solat hormat waktu telah tidak boleh digunapakai lagi. Berwudhu' cara dharurat ialah anda boleh menggunakan air dgn cara yang paling minima dgn membawa mini spray kecil dan anda boleh berwudhu' di tempat duduk pun.

2. Kaedah tayammum itu adalah bila segala cara menggunakan air tidak dapat. Kita sudah jelaskan, anda hendaklah membawa spray air yg bersaiz kecil bersama utk kegunaan wudhu'. Menghadap kiblat disyaratkan ketika takbiratul Ihram sahaja. Ini dilakukan dgn bertanyakan mutawif Haji atau petugas TH atau pakej pengendali yang sentiasa bertugas mengiringi bakal Haji. Mereka akan membuat pengumumam masuknya waktu solat dan arah kiblat.

3. Ya, sudah dijelaskan di atas. sekian WA