:salam
Bebaru ni sy ada daftar nama pd Tabung Haji utk gi haji, paling cepat dpt gi pd thn 2017. Pastu pegawai tu bgtau bhw sy boleh pergi lebih awal kalau buat surat rayuan, malah kalo nak gi thn depan pun boleh!
Masalahnya, mmglah pihak Tabung Haji boleh buat pertimbangan/pemilihan utk expeditekan proses haji sesorg pemohon berbanding dgn calon2 lain yg x buat rayuan, tp tidakkah itu masih dikira sebagai potong jalan beribu-ribu pemohon lain dlm waiting list tsb yg dok jenuh tunggu musim2 haji masing2 tu? Kesian diorang....
Adil dan berhaqkah polisi TH tsb?
:wassalam
al-Jawab:
Maksud saranan pegawai TH itu ialah bagi mereka yang ada alasan yang kuat untuk potong que. Cth: ibu tunggal yg udzur telah pun mendapat tawaran menunaikan Haji, cuma dia tak ada penjaga atau mahram yang akan mengiringinya. Maka si anak lelakinya membuat rayuan kepada TH agar dia dapat potong que supaya dapat menunaikan hajat ibunya sebagai pengiring disamping dapat mengerjakan Haji buat dirinya.
Maka TH akan meneliti surat rayuan tsb dan mereka memutuskan secara musyawarah dan mereka berhak sebagai badan induk pengendali urusan Haji. Jika tanpa alasan yg kukuh, maka tidak beretika untuk potong Q di mana saja apatah lagi utk ke tanah suci.
Cara lain utk dapat cepat menunaikan Haji ialah menggunakan pakej swasta. Lagi mahal pakej yg diambil dan dalam jangka waktu yg pendek akan lebih memudahkan seseorang utk 'potong que' dgn cara yg sah. Misalnya pakej syarikat XYZ travel RM 25,000 utk seorang, hotel 5 star, cuma 20 hari sahaja. Pakej seperti ini tidak terikat dgn sistem que yg biasa diamalkan oleh TH. Ini kerana urusan haji swasta dan TH (mu'asasah) adalah dikendalikan secara berasingan. sekian