SJ-05-0306 :MENGANGKAT ke 2 TANGAN YG DILAKUKAN OLEH JAMA’AH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0306 :MENGANGKAT ke 2 TANGAN YG DILAKUKAN OLEH JAMA’AH

Assalamu'alaikum,para panel fiqh..

Quote:
MENGANGKAT KEDUA TANGAN YANG DILAKUKAN OLEH JAMA’AH SAAT KHATIB BERDO’A

Sebagian kaum muslimin ada yang mengangkat tangan mereka saat khatib mulai memanjatkan do’a di atas mimbar. Dan ini jelas sebagai kesalahan. Dan yang benar adalah tidak mengangkat kedua tangan pada saat itu.

Ibnu ‘Abidin rahimahullahu mengatakan, al-Baqqaliyyu mengatakan, “Jika seorang khatib mulai berdo’a, maka tidak diperbolehkan bagi jama’ah untuk mengangkat kedua tangannya.” [11]

[Disalin dari kitab kitab al-Kalimaatun Naafi’ah fil Akhthaa' asy-Syaai’ah, Bab “75 Khatha'an fii Shalaatil Jumu’ah.” Edisi Indonesia 75 Kesalahan Seputar Hari dan Shalat Jum’at, Karya Wahid bin ‘Abdis Salam Baali. Penerbit Pustaka Ibnu Katsir]

[11]. Haasyiyah Ibnu ‘Abidin, bab al-Jumu’ah at-Tasbiih wa Nah-wuhu. Dan lihat pula kitab al-Qaulul Mubiin (no. 380), serta al-Ajwibatun Naafi’ah (no. 73).

betul ke apa yg dikatakan di atas? jika betul,ertinya tak perlu angkat tangan saat khatib berdo'a? jadi,apa yg perlu jama'ah lakukan sepjg khatib berdo'a?

Jazaka Allahu Khoiron...

SJ-05-0306 :MENGANGKAT ke 2 TANGAN YG DILAKUKAN OLEH JAMA’AH

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berdo'a sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi :saw. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdo'a di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata :-

ÞóÈøóÍó Çááøóåõ åóÇÊóíúäö ÇáúíóÏóíúäö áóÞóÏú ÑóÃóíúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãóÇ íóÒöíÏõ Úóáóì Ãóäú íóÞõæáó ÈöíóÏöåö åóßóÐóÇ æóÃóÔóÇÑó ÈöÅöÕúÈóÚöåö ÇáúãõÓóÈøöÍóÉö
dir="ltr"> "Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah :saw melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya : dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" [Hadith Riwayat Muslim #874 dan Abu Daud #1104].

Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini : ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.

Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

ÑÝÚ ÇáíÏíä ÛíÑ ãÔÑæÚ Ýí ÎØÈÉ ÇáÌãÚÉ æáÇ Ýí ÎØÈÉ ÇáÚíÏ áÇ ááÅãÇã æáÇ ááãÃãæãíä ¡ æÅäãÇ ÇáãÔÑæÚ ÇáÅäÕÇÊ ááÎØíÈ æÇáÊÃãíä Úáì ÏÚÇÆå Èíäå æÈíä äÝÓå ãä Ïæä ÑÝÚ ÕæÊ
dir="ltr">"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].

Kesimpulannya pandangan diatas adalah benar. Seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين