SJ-12-0237 : guna kosmetik yg tidak halal..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0237 : guna kosmetik yg tidak halal..

assalamualaikum..
bolehkah kita menggunakan alat kosmetik yg diketahui mengandungi bahan yg tidak halal dgn menggunakan kaedah istihalah atau kaedah istihlak(seperti kes ayam yg disuntik vaksin babi)..

jika kita tidak mengetahui alat kosmetik itu tidak halal adakah kita berdosa dan amalan kita tidak diterima

SJ-12-0237 : guna kosmetik yg tidak halal..

Menggunakan kaedah istihalah atau istihlak dalam menyucikan alat solek yang dikatakan menggunakan bahan yang tidak halal adalah dibolehkan...Ini kerana secara umumnya apabila zat barang yang tidak halal itu sudah tidak ada atau zatnya masih ada tapi sifat-sifatnya telah berubah ,maka hukumnya juga akan berubah daripada tidak boleh kepada dibolehkan.

Manakala jika kita tidak mengetahui bahawa barang kosmetik tersebut adalah dibuat daripada bahan yang tidak halal , maka dalam hal ini kita tidak dikira berdosa.Ini kerana dalam Islam , perkara yang kita tidak ketahui adalah dimaafkan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com