Salam,
Boleh para panel memberi nasihat untuk saya membersihkan hati saya ini?
i) Buruk sangka...Apakah yang dikatakan buruk sangka?Adakah jika ianya cuma timbul didalam hati kita tanpa meluahkannya juga dikira buruk sangka?
ii)Jika terjadi perasaan buruk itu n saya menggantikannya dengan suatu sangkaan yang baik walaupun sangkaan baik itu tidak wujud pada suasana yang sebenar,adakah dibolehkan?Mewujudkan dalam perasaan/minda saya ini suatu keadaan yang baik n memikirkan yang segala keadaan sekeliling n orang disekeliling membantu kita walaupun pada hakikatnya tidak...
Jzzklh
Buruk sangka adalah merupakan penyakit rohani yang wajib dijauhi oleh umat Islam.Allah swt telah merakamkan betapa bahayanya penyakit rohani ini dalam kalam-Nya Al-Quran Al-karim surah al-Hujurat ayat 12 , sebagaiamana maksudnya :
“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; …….
Dalam ayat di atas Allah swt menyebut penyakit hati atau rohani yang sangat merbahaya iaitu penyakit dzan (sangkaan).Mempunyai perasaan sangkaan terhadap seseorang , lebih-lebih lagi jika sangkaan itu adalah sangkaan buruk , adalah amat dilarang dalam Islam.Ini kerana kita tidak boleh menilai seseorang dan seterusnya meletakkan satu kesimpulan yang didasari daripada sangkaan semata-mata.
Berbalik kepada soalan saudara , diantara cara yang terbaik untuk kita membersihkan hati daripada penyakit bersangka buruk ini ialah dengan cara kita menjaga hati dan kehidupan kita daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Dengan cara tersebut , sekurang-kurangnya kita dapat menghalang hati kita daripada memikirkan tentang orang lain dengan sangkaan yang bukan-bukan , apabila kita tidak menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri kita.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :
ãä ÍÓä ÇáÇÓáÇã ÇáãÑÁ ÊÑßå ãÇáÇ íÚäíå
“Diantara keelokan (kesempurnaan) Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengannya”
* thtl: Takhriij: HR Termidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban, dinilai hasan oleh al-Nawawi (hadith #12, matn arba'iin), dinilai sahih oleh al-Albani
Maka secara kesimpulannya , hendaklah kita menjauhkan diri daripada berprasangka buruk kepada muslim lain kerana berprasangka itu adalah sedusta-dusta percakapan.(Mafhum hadis).
Takhriij thtl: Dikeluar oleh Bukhari (6724) dari Abu Hurayra ra
ÝÅä ÇáÙä ÃßÐÈ ÇáÍÏíË (Fainna Dzonn akzabu alhadith)
Seeloknya , apa sahaja perkara yang tidak jelas dan samar-samar daripada pengetahuan kita , hendaklah kita bersangka baik terhadapnya , kerana dibimbangi kita akan terjatuh kepada melakukan tomahan dan pendustaan terhadap sesama muslim…..wal’iyazu billahi min zalik.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com