:salam
Saya adalah seorang bapa angkat kepada seorg budak perempuan berumur 4 thn. Di saat ketiadaan isteri saya bersama kami berdua, apakah had aurat saya dengannya apabila:-
i) bersentuh kulit ketika saya mempunyai wudhu'. Minta beri pandangan ringkas mengikut qaul2 para imam mazhab. FYI, saya dlm bab wudhu' skang ni serba-sdkt berittiba' dgn qaul malikiyyah
ii) tidak dlm wudhu'. Cthnya: Keharusan bagi saya memeluk, mengucup, memandi, mengistinjakkannya, dsb. Ke... haram?
iii) dia sudah meningkat dewasa. Adakah mana2 kehalalan/keharaman di atas (i & ii) termansuh, iaitu ada had aurat yg baru? Bgmn pula kalau dia menyanyi (suara) atau menyalam tangan saya? Boleh ke?
jzk :wassalam
w'salam,
Aurat anda dan anak angkat anda sama sahaja dgn aurat anda dgn bukan mahram. Iaitu lutut ke pusat bg anda dan semau anggota kecuali telapak tangan dan muka bagi anak angkat anda.
Hukum2 lain seperti wudhu' dan sentuhan langsung adalah sama dgn hukum anda dgn bukan mahram.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [24:31]
Kesimpulannya, apa sahaja hukum yg dibebankan kepada anda terhadap bukan mahram, demikian juga hukumnya ke atas anda dgn anak angkat anda. Utk pengetahuan anda, pada kebiasaannya, utk menasakhkan hukum ini, ibu dan ayah angkat akan cuba menyusukan anak tersebut supaya mereka menjadi ibubapa/saudara susu kepadanya.
Sekian. WA
wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.