SJ - 2019 : BERSETUBUH TANPA SELIMUT

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2019 : BERSETUBUH TANPA SELIMUT

Assalamu'alaikum wrt

Saya ingin bertanya apakah hukumnya suami isteri bersetubuh tanpa berselimut/ditutup walaupun didalam bilik bertutup.

Re: SJ-2019: Bersetubuh tanpa selimut


Jwb:
Jima' di bawah selimut atau cadar adalah adab ranjang dalam Islam. Dalilnya: HR attermidzi, "apabila salah seorang dari kamu mendatangi ahlinya, janganlah ia bertelanjang sbgmn bertelanjangnya dua ekor himar."
Adapun kalimah 'janganlah" itu terjadi perselisihan di kalangan fuqaha', apakah ia bermaksud haram atau makruh. Jumhur bependapat makruh sahaja. (Nasih Ulwan, Ta'addud alZaujaat)
WaLlahu a'alam

Re: SJ - 2019 : BERSETUBUH TANPA SELIMUT


SEBAGAI TAMBAHAN BAGI JAWAPAN AL-FADHL USTAZ THTL :

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Ya , benar apa yang dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz thtl itu . Oleh kerana seseorang muslim itu berjimak dengan isterinya , bukan sahaja untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal , bahkan memohon juga keberkatan dan pahala daripada Allah Ta’ala , maka hendaklah ianya dilakukan dengan cara yang menepati adab ( etika ) Islam itu sendiri . Di antara adabnya sebagai mana yang dijelaskan oleh Al-‘Allamah Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan di dalam kitabnya : “ Masuliyah At-Tarbiyah Al-Jinsiyyah “ , ms 118 , ialah :

PERKARA KE-4 : HENDAKLAH KEDUA-DUA MEMPELAI MENANGGALKAN PAKAIAN MEREKA :

Ini disebabkan cara itu lebih memberikan keselesaan pada tubuh badan, mudah pula untuk beraksi , lebih mendatangkan keseronokan dan lebih lembut layanan terhadap isteri .

Walaupun begitu , yang afdhal ( terbaik ) ialah walaupun mereka berdua berbogel , tetapi hendaklah berada di bawah satu selimut , kerana Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : [="green"]

Åöäøó Çááøóåó ÚóÒøó æóÌóáøó Íóíöíøñ ÓöÊøöíÑñ íõÍöÈøõ ÇáúÍóíóÇÁó æóÇáÓøóÊúÑó ÝóÅöÐóÇ ÇÛúÊóÓóáó ÃóÍóÏõßõãú ÝóáúíóÓúÊóÊöÑú

Ertinya : Allah ‘Azza Wa Jalla itu Maha Pemalu ( hinggakan Dia malu untuk menolak doa hamba-hamba-Nya ) Dan Maha Pelindung ( daripada segala keaiban ) , maka jika seseorang drp kamu hendak mandi , maka hendaklah dia menutup akan auratnya ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (rh) di dalam Kitab Al-Hamam : 4007 . [/]

Di dalam hadis-hadis lain juga disarankan agar kita tidak bertelanjang bulat , sama ada ketika kita mandi ataupun melakukan jimak kerana :

1 – Menghormati dan malu kepada Allah Ta’ala yang Maha Melihat keadaan kita ( Hadis 4012 - Ibid ) .

2 - Menghormati dan malu kepada Para Malaikat a.s yang menjaga kita dan yang ada di sekeliling kita ( Hadis diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie ) .

3 – Disebabkan hadis di atas ( yang dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz thtl ) – akan tetapi hadis itu dho’if sanadnya .

Akan tetapi Baginda Rasulullah s.a.w sendiri – sbg mana yang disebutkan di dalam Kitab ‘Aunul Ma’abud , Syarah Sunan Imam Abu Daud ( rh ) – pernah berbogel ketika mandi dengan syarat di dalam bilik air ataupun tandas yang tertutup . Ini sengaja dilakukan oleh Baginda s.a.w untuk menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah HARUS , selama mana ianya dilakukan di tempat yang tertutup .

K E S I M P U L A N N Y A :

1 – Sebagaimana harus berbogel ketika mandi di tempat yang tertutup , maka harus juga seseorang suami itu berbogel ( bertelanjang bulat ) ketika berjimak dengan isterinya .

2 – Walaupun ianya harus , akan tetapi LEBIH BAIK ( afdhol ) ialah kedua-dua suami-isteri yang berbogel itu “ berasmara-dana “ di bawah kain selimut yang sama , kerana malu kepada Allah Ta’ala dan Para Malaikat-Nya a.s .

3 – Larangan yang ditegaskan di dalam hadis Rasulullah s.a.w itu , bukanlah membawa erti HARAM ataupun MAKRUH , sebaliknya ia menunjukkan “ Khilaful Awla “ ( Menyalahi Perbuatan Yang Lebih Patut Diutamakan ) .

4 – Sirah ( Perjalanan Hidup ) Baginda Rasulullah s.a.w bersama dengan Saidatina ‘Aisyah r.a mencatatkan rekod yang agak menarik ( terutamanya daripada sudut akhlak ) apabila Saidatina ‘Aisyah r.a menyatakan : “ Wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w di dalam keadaan baginda s.a.w tidak pernah pun melihat kemaluanku dan aku juga tidak pernah melihat kemaluannya “ . ~ Tapi berapa ramaikan daripada kalangan kita yang mampu berbuat begini ? .

R U J U K A N :

1 – MASULIYYAH AT-TARBIYAH AL-JINSIYYAH ~Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan
ms 120 , Darus Salam , Cairo .

2 – ‘AUNUL MA’ABUD ~ ‘Allamah Abadi dan Imam Ibnul Qaiyim Al-Jauziyah
Jilid ke-11 , ms 35 . Terbitan : Darul Fikr , Beirut .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

16 / Ramadhan / 1423 H
21 / November / 2002 M

Khamis – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ - 2019 : BERSETUBUH TANPA SELIMUT

:salam
JKK di atas komentar dan semakan Ustaz Pendekar. Maka dengan ini jawapan Ustaz Pendekar hendaklah diterimapakai kerana saya tidak sempat menyemak kitab Aun Ma'bud atau kitab Takhrij Albani mengenai status hadis atTermidzi mengenai hukum jima' secara naked (berbogel sepenuhnya). Maka dari semakan Ust Pendekar, hukum yg lebih rajih ialah HARUS. Inilah hikmah ada dua panel Fiqh, saling semak-menyemak antara satu sama lain dan supaya lebih ketelitian di masa depan.