SJ-11-0157 : Jual Beli dalam Masjid ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0157 : Jual Beli dalam Masjid ?

Salam,

Adakah terdapat larangan khas berkenaan Jual beli didalam Masjid ? jika ada boleh berikan dalil secara terperinci ? Adakah hukum ini juga termasuk mengiklankan barangan untuk dijual...contohnya "barangan(buku)saya ada diluar masjid Maka saudara tolong beli laa ..." dan juga adakah buku ilmiah contohnya kitab ilmiah juga termasuk dalam larangan ini?

SJ-11-0157 : Jual Beli dalam Masjid ?

Al-hamdulillah..

Al-Jawab:

Terdapat sebuah hadis dari Baginda Rasulullah saw yang melarang jual beli di dalam masjid samada barang jualan tersebut wujud atau tidak wujud :

äåì ÑÓæá Çááå (Õ) Úä ÇáÔÑÇÁ æÇáÈíÚ Ýí ÇáãÓÌÏ æÃä ÊäÔÏ Ýíå ÖÇáÉ

“Rasulullah saw melarang jual beli dan melarang daripada melaungkan barang yang hilang didalam masjid ……
( HR Abu Daud : 911 , Ahmad : 6389 , Darjat hadis : Hasan)

Malah Rasulullah saw menyuruh agar sesiapa yang nampak orang yang berjual beli dalam masjid menyeru dengan seruan : “Semoga Allah merugikan kamu”.Ini berdasarkan kepada sebuah hadis dari Abu Hurairah ra :

ÅÐÇ ÑÃíÊã ãä íÈíÚ Ãæ íÈÊÇÚ Ýí ÇáãÓÌÏ ÝÞæáæÇ : áÇ ÃÑÈÍ Çááå ÊÌÇÑÊß æÅÐÇ ÑÃíÊã ãä íäÔÏ Ýíå ÖÇáÉ ÝÞæáæÇ : áÇ ÑÏåÇ Çááå Úáíß

“Jika kamu lihat , sesiapa yang berjual beli didalam masjid maka katakan kepadanya : Semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu , dan sekiranya kamu lihat sesiapa yang melaungkan barangnya yang hilang maka katakana kepadanya : Semoga Allah tidak memulangkan kembali (barangan) kepada kamu.”
(HR Tirmizi : 1321 dan Tirmizi mengatakannya Hadis Hasan , serta dinilai sahih oleh As-Syaikh Al-Albani dalam Sahih at-Tirmizi)

Adapun jual beli yang dibolehkan ialah diluar kawasan masjid walaupun ianya berada disekeliling kawasan masjid tetapi wajiblah ke atas si penjual untuk menutup perniagaannya ketika diserukan azan untuk menunaikan solat sebagaimana yang tersebut dalam al-Quran surah al-Jumuah , ayat 9 :

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöÐóÇ äõæÏöí áöáÕøóáóÇÉö ãöä íóæúãö ÇáúÌõãõÚóÉö ÝóÇÓúÚóæúÇ Åöáóì ÐößúÑö Çááøóåö æóÐóÑõæÇ ÇáúÈóíúÚó Ðóáößõãú ÎóíúÑñ áøóßõãú Åöä ßõäÊõãú ÊóÚúáóãõæäó

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com