SJ-05-0353 : bolehkah memberi salam ke kanan sekadar asmkm.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0353 : bolehkah memberi salam ke kanan sekadar asmkm.

assalamualaikum.
saya ada satu soalan kepada panel al ahkam.bolehkah memberi salam ke kanan sekadar assalamualaikum sedangkan saya sembahyang berjemaah.
mohon pencerahan.sekian,terima kasih.

SJ-05-0353 : bolehkah memberi salam ke kanan sekadar asmkm.

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Beberapa ulama menukilkan ijmak bahawa yang fardhu hanya memberi salam sekali sahaja. Salam yang kedua adalah sunat. Antara yang menukilkan ijmak ialah Imam Tahawi, Ibn Abdil Bar, Imam Qurtubi, Ibn Rajab dan lain-lain. Dan diriwayatkan daripada sesetengah sahabat, mereka memberi salam sekali sahaja.

- Mengucapkan salam sekadar 'Assalamualaikum' adalah memadai dan sah. (Majmuk Nawawi 3/475-476, Sifat Solat Nabi, Torifi 148).

Dalilnya hadis Samurah "Kami bersolat bersama Nabi SAW. Apabila kami memberi salam, kami mengisyaratkan dengan tangan kami: Assalamualaikum, Assalamualaikum". Direkod oleh Muslim (no: 431).

Tetapi mengucapkan 'Assalamualaikum Warahmatullah' adalah lebih sempurna.

Wallahu A'lam.