SJ-13-0403 : Tiada paksaan dalam islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0403 : Tiada paksaan dalam islam

:salam

apakah pandangan AAN tentang organisasi yang suka menghalang perkembangan dakwah agama lain, sebagai contoh certain organisasi cuba menyekat perkembangan dakwah agam lain. adakah kaedah ini sesuai dengan manhaj para nabi dalam berdakwah? tidakkah Allah berfirman (maksudnya)
"Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)". (Al Baqarah-256)?.
dan Allah juga berfirman dalam surah Al-kafirun(maksudnya)
"Untukmu agamamu dan untukku agamaku" (Al-Kafirun-6).

Mohon penjelasan.
Jazakallahu khairan.

SJ-13-0403 : Tiada paksaan dalam islam

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Agama Islam amat menitik beratkan persoalan toleransi (tasamuh) didalamnya. Ini tidak bermakna agama Islam tunduk kepada kehendak agama lain. Dan tidak bermakna juga kerana tasamuh, orang Islam tidak perlu berdakwah kepada orang yang bukan Islam. Sebagaimana yang dinyata pada soalan diatas, firman Allah swt :-

áóÇ ÅößúÑóÇåó Ýöí ÇáÏøöíäö
dir="ltr"> “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)” [Surah al-Baqarah : 256].

Ibn Kathir rh didalam Tafsirnya menyebut : “Jangan memaksa seseorang menjadi Islam, kerana sesungguhnya Islam itu terang dan jelas, beserta dalil dan bukti yang juga jelas, maka tidak perlu untuk memaksa seseorang itu memeluk agama Islam, Bahkan, Allah akan member hidayah Islam kepada seseorang, membuka hatinya, menerangi pemikirannya, dan masuk Islam dengan yakin. Barangsiapa yang Allah butakan hatinya, ditutupkan pendengaran dan penglihtannya, maka tiadalah munafaat memaksanya memasuki Islam…..”

Orang Islam tidak boleh menghalang agama lain dari mengamalkan agama mereka selamana mereka tidak mengganggu keselamatan orang Islam. Malah menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, kita dibolehkan bekerjasama dengan agama lain didalam menghapuskan kezaliman. Apa yang dilarang ialah bekerjasama didalam aspek keagamaan sebagaimana firman Allah didalam surah al-Kafirun diatas :-

áóßõãú Ïöíäõßõãú æóáöíó Ïöíäö
dir="ltr"> “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” [surah al-Kafirun : 6]

æóÅöäú ßóÐøóÈõæßó ÝóÞõáú áöí Úóãóáöí æóáóßõãú Úóãóáõßõãú ÃóäúÊõãú ÈóÑöíÆõæäó ãöãøóÇ ÃóÚúãóáõ æóÃóäóÇ ÈóÑöíÁñ ãöãøóÇ ÊóÚúãóáõæäó
dir="ltr"> “Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Bagiku amalku dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan.” [Surah Yunus : 41].

Orang Islam harus pandai menggunakan strategi yang bagus bagi mengawal dan memantau kerja-kerja dakwah agama-agama lain tanpa menggunakan kekerasan. Sebagaimana kata Ibn Kathir, bukti kebenaran Islam itu jelas, kita sahajalah yang perlu menggunakan kepandaian didalam menghadapi penyerapan dakwah agama-agam lain ini. Hanya apabila mereka melampaui had batasan tersebut; seperti menghina Islam dan sebagainya, maka tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap mereka. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين