:salam
Maaf sekiranya soalan saya ini pernah diajukan sebelum ini. Saya ingin memohon penjelasan dari ahli panel mengenai tertib mengangkat tangan ketika takbir dalam solat. Pada pemahaman saya yg bersandarkan pengetahuan yg sgt cetek, perbuatan mengangkat tgn ketika takbir dilakukan pada rakaat pertama dan ketiga. Apakah hukum jika terlupa untuk berbuat demikian?
Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Mengangkat kedua tangan di dalam solat adalah sunat, seperti yang diriwayatkan dari Nabi SAW, antaranya:
Úóäú ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ãóäøóåõ ßóÇäó ÅöÐóÇ ÞóÇãó Åöáóì ÇáÕøóáóÇÉö ÇáúãóßúÊõæÈóÉö ßóÈøóÑó æóÑóÝóÚó íóÏóíúåö ÍóÐúæó ãóäúßöÈóíúåö æóíóÕúäóÚõ ãöËúáó Ðóáößó ÅöÐóÇ ÞóÖóì ÞöÑóÇÁóÊóåõ æóÅöÐóÇ ÃóÑóÇÏó Ãóäú íóÑúßóÚó æóíóÕúäóÚõåõ ÅöÐóÇ ÑóÝóÚó ãöäú ÇáÑøõßõæÚö æóáóÇ íóÑúÝóÚõ íóÏóíúåö Ýöí ÔóíúÁò ãöäú ÕóáóÇÊöåö æóåõæó ÞóÇÚöÏñ æóÅöÐóÇ ÞóÇãó ãöäú ÇáÓøóÌúÏóÊóíúäö ÑóÝóÚó íóÏóíúåö ßóÐóáößó æóßóÈøóÑó
"Bahawa Rasulullah SAW apabila bangun untuk solat fardhu, Baginda akan bertakbir sambil mengangkat kedua tangannya ke paras bahu, dan Baginda akan berbuat demikian apabila selesai bacaan ketika mahu rukuk, dan Baginda lakukan begitu juga apabila bangun dari rukuk. Dan Baginda tidak pernah mengangkat kedua tangannya dalam keadaan duduk ketika bersolat. Dan apabila Baginda bangun dari rakaat kedua, Baginda mengangkat kedua tangan dan bertakbir" (H.R Abu Daud dan Tirmizi dengan berkata: hadis hasan sahih).
Kata Imam Syafie (204H):
æÅä ÛÝá ÝÕáì ÈáÇ ÑÝÚ ÇáíÏíä ÍíË ÃãÑÊå Èå æÍÊì ÊäÞÖí ÇáÊßÈíÑÉ ÇáÊì ÃãÑÊå ÈÇáÑÝÚ ÝíåÇ áã íÑÝÚåãÇ ÈÚÏ ÇáÊßÈíÑÉ æáÇ ÈÚÏ ÝÑÇÛå ãä Þæá ÓãÚ Çááå áãä ÍãÏå æáÇ Ýí ãæÖÚ ÛíÑå áÇäå åíÆÉ Ýí æÞÊ ÝÅÐÇ ãÖì áã íæÖÚ Ýí ÛíÑå...
æÅä ÊÑß ÑÝÚ ÇáíÏíä Ýí ÌãíÚ ãÇ ÃãÑÊå Èå Ãæ ÑÝÚåãÇ ÍíË áã ÂãÑå Ýí ÝÑíÖÉ Ãæ äÇÝáÉ Ãæ ÓÌæÏ Ãæ ÚíÏ Ãæ ÌäÇÒÉ ßÑåÊ Ðáß áå æáã íßä Úáíå ÅÚÇÏÉ ÕáÇÉ æáÇ ÓÌæÏ áÓåæ ÚãÏ Ðáß Ãæ äÓíå Ãæ Ìåáå áÇäå åíÆÉ Ýí ÇáÚãá æåßÐÇ ÃÞæá Ýí ßá åíÆÉ Ýí Úãá ÊÑßåÇ.
Ringkasannya: Imam Syafie menjelaskan, jika sesiapa yang terlupa untuk mengangkat tangan semasa takbir, dia tidak perlu mengangkat tangannya selepas dia selesai bertakbir (mengucapkan takbir), maknanya dia tidak perlu menganti di tempat lain. Dan dia tidak perlu sujud sahwi dan tidak perlu mengulangi solatnya, samada dia sengaja atau terlupa atau jahil dengan hukum mengangkat tangan ini.
Walaupun dia meninggalkan perkara sunat, solatnya masih dikira sah dan diterima.
Wallahu a3lam
Rujukan
- al-'Umm oleh Imam Syafie: 1/127
- Sunan Tirmizi dan Abu Daud