Pembinaan beberapa buah surau @ Musolla @ tempat solat seperti yang digambarkan oleh saudara adalah suatu perkara yang biasa dan tidak dilarang dalam Islam.Ini kerana , surau atau tempat sembahyang itu adalah bertujuan untuk memudahkan umat Islam mengerjakan solat samada secara jama'i atau fardhi.
Contoh mudah ialah apa yang terdapat di KLCC ,yang mana didalamnya terdapat beberapa buah surau @ tempat sembahyang yang diwujudkan oleh pihak pengurusan atas dasar untuk memudahkan para pengunjung yang beragama Islam mengerjakan sembahyang apabila tiba waktunya.Adakah surau-surau tersebut dianggap sebagai pemecah belah umat , sedangkan Masjid As-Syakirin juga terdapat berhampiran dengan kompleks tersebut.
Mengatakan surau @ tempat solat tersebut sebagai Dhirar adalah satu anggapan yang salah dan jelas menyimpang.Ini kerana , surau adalah tempat yang digunakan sekadar untuk mengerjakan solat yang juga disebut sebagai Musolla , manakala Masjid adalah bukan sekadar tempat mengerjakan solat , malahan ianya adalah merupakan tempat perhimpunan masyarakat Islam , aktiviti-aktiviti keagamaan dan sebagainya.
Salam ,
Al-Jawab :

WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com