SJ-12-0294 : Wali Nikah Seorang Syiah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0294 : Wali Nikah Seorang Syiah

salam..sy ingin melangsungkn perkhwinan tp mslahnye bakal bapa mertua sy seorang syiah.soalan yg sy ingin ajukn boleh ke seorang syiah mewalikn anaknye yg sunni?

SJ-12-0294 : Wali Nikah Seorang Syiah

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Ulama telah sepakat mengatakan bahawa seseorang wanita yang telah aqil baligh harus melakukan sendiri segala aqad dan urusan mereka dengan kehendaknya sendiri SELAIN daripada perkahwinan.Mereka juga sepakat bahawa aqad pernikahan menjadi sah apabila seorang wali menguruskan perkahwinan anaknya dengan mendapat persetujuan dan keizinan daripada anaknya itu.

Disisi Ahli Sunnah , mazhab syiah terkeluar daripada Islam.Ini kerana aqidah mazhab Syiah jelas terpesong dari landasan Islam yang sebenar.Untuk maklumat lanjut tentang penyelewengan ajaran Syiah , sila rujuk di link :

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

Maka , dalam hal ini , saudara boleh bernikah dengan wanita tersebut dengan berwalikan kepada datuknya atau adik beradiknya atau saudara maranya yang lelaki (mengikut susunan wali) yang bukan bermazhab syiah.Ini kerana , mengikut kaedah Islam sekiranya wali itu seorang yang fasik atau terkeluar dari Islam maka ianya tidak boleh menjadi wali pernikahan anak perempuannya.

Sekiranya tidak berjumpa dengan wali yang sesuai , maka jalan yang terakhir ,bolehlah ia memohon kepada mahkamah syariah untuk bernikah dengan berwalikan hakim mengikut peruntukan dan prosuder undang-undang keluarga Islam dinegeri tempat wanita itu tinggal / di tempat pernikahan tersebut hendak dijalankan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com