SJ-2068: Hukum Sembahyang Jumaat jika raya jatuh hari Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2068: Hukum Sembahyang Jumaat jika raya jatuh hari Jumaat

assalamualaikum ,
saya pernah terdengar , jikalau hari raya idulfitri atau idul adha jatuh pada hari jumaat , dan sekiranya telah dilakukan sembahyang raya di masjid , maka ketika itu kewajipan sembahyang jumaat telah tiada. maksudnya ianya sunat dilakukan bagi mengantikan sembahyang zohor ..dan tidak berdosa jika meninggalkan sembanyang jumaat sekiranya telah telah mebuat solat fardu zohor..
benarkah ? ..
wassalam

Re: sembahyang raya

Assalamu'alaikum

1. Sila rujuk soal-jawab SJ-1994 :
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8535

2. Berikut adalah petikan dari artikel Al-Ahkam yang bertajuk : Eid : Hukum dan Adabnya
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15156

Hari Eid dan Jumaat jatuh pada hari yang sama. Apakah solat Jumaat masih wajib?

Soalan : Jika Eid Al-Fitr jatuh pada hari Jumaat, Bolehkah saya hanya bersolat Eid dan tidak bersolat Jumaat atau sebaliknya?

Jawab Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan[1]:

Segala pujian kepada Allah. Jika hari Eid bersamaan dengan Jumaat, maka sesiapa yang bersolat Eid bersama imam tidak perlu menghadirkan diri (tidak wajib keatasnya); didalam hal ini ia menjadi sunat. Jika ia tidak bersolat Jumaat, ia wajib bersolat Zuhur {ÅÐÇ æÇÝÞ íæã ÇáÚíÏ íæã ÇáÌãÚÉ ÝÅäå ãä Õáì ÇáÚíÏ ãÚ ÇáÅãÇã ÓÞØ Úäå æÌæÈ ÍÖæÑ ÇáÌãÚÉ æíÈÞì Ýí ÍÞå ÓäÉ . ÝÅÐÇ áã íÍÖÑ ÇáÌãÚÉ æÌÈ Úáíå Ãä íÕáí ÙåÑ}. Perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang bukan Imam. Bagi Imam pula, ia harus menghadirkan diri bagi solat Jumaat dan mengimami orang Islam yang menghadirkan diri untuk bersolat. Solat Jumaat tidaklah boleh ditinggalkan sepenuhnya pada hari tersebut.

Sebagai tambahan :

Didalam buku fekah yang terkenal, “Fiqh As-Sunnah”, karangan Sayyed Sabiq[2] menyatakan :

"Jika hari Eid berlaku pada hari Jumaat, maka solat Jumaat tiada lagi menjadi wajib bagi sesiapa yang menunaikan Solat Eid. Zaid ibn Arqam berkata:' Nabi saw bersolat Eid dan menjadikan Solat Jumaat optional, sabda beliau :"Barangsiapa ingin bersolat, maka bolehlah bersolat" - Riwayat 5 dan sahih dari Ibn Khazimah dan Hakim.{ÅÐÇ ÇÌÊãÚ ÇáÌãÚÉ æÇáÚíÏ Ýí íæã æÇÍÏ ÓÞØÊ ÇáÌãÚÉ Úãä Õáì ÇáÚíϺ ÝÚä ÒíÏ Èä ÃÑÞã ÞÇá: Õáì ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇáÚíÏ Ëã ÑÎÕ Ýí ÇáÌãÚÉ ÝÞÇá : ((ãä ÔÇÁ Ãä íÕáí ÝáíÕá)) ÑæÇå ÇáÎãÓÉ æÕÍÍå ÇÈä ÎÒíãÉ æÇáÍÇßã.}

Bagi memperjelaskan lagi isu ini, Sheikh 'Atiyya Saqr, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar menyatakan berikut : "telah diriwayatkan bahawa Eid berlaku pada hari Jumaat pada zaman Abdullah Ibn Az-Zubair dan beliau telah duduk didalam rumah sehingga tengahari dan kemudian baru beliau keluar rumah, menyampaikan khutbah dan melakukan 2 rakaat solat dan beliau tidak menunaikan Solat Eid. Bila ditanya mengenai ini, Ibnu Abbas berkata :"Dia telah mengikut sunnah""".

Rujukan

1. Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan. Hukum Solat Eid di hari Jumaat islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=7857&dgn=3

2. Sayyed Sabiq. Fikh As-Sunnah - Juzu I. Kansas City: Cetakan khas Manar Al-Dauliyah, 1995, ms. 343

---------
wassalam

خيرالأمين