SJ-10-0105 : Apa hukum makan belangkas

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0105 : Apa hukum makan belangkas

Assalamaualaikum.

Saya difahamkan oleh sesetengah pihak bahawa belangkas adalah sejenis binatang dua alam, (benarkah begitu) disebabkan ia hidup di lautan dan kemudiannya naik ke pantai untuk bertelur. Jadi, ada pendapat makan belangkas adalah haram disebabkan 2 alamnya itu. Tapi jika gunakan hujah 2 alam belangkas itu, bagaimana pula dengan penyu. Penyu juga hidup di lautan dan naik ke darat untuk bertelur. Jika belangkas di katakan haram, jadi penyu juga haram dimakanlah yerk...

So, saya jadi confius kat sini. Sebab ada pendapat mengatakan penyu boleh dimakan. Jadi tabiat penyu dan belangkas adalah sama iaitu bertelur di darat....so camanalah pulak boleh datang pendapat yg mengatakan belangkas tu haram...padahal belangkas tu sedaaaap dimakan lebih2 lagi tang telurnya.

Jadi, pendekkan cerita....nak tanya panel AAN, apa hukum makan belangkas? Haram atau Halal?

Tengkiu...wassalam

SJ-10-0105 : Apa hukum makan belangkas

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Berikut kami petikkan jawapan dari ruangan Soal-Jawab JAKIM mengenai isu makan belangkas :-

Quote:
. Belangkas harus dimakan, Secara perinciaannya binatang yang boleh dimakan dan tidak adalah seperti di bawah:

i)HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, ketam batu dan seumpamanya.

ii) HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

Pada pendapat Mazhab Syafi'ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu. tuntung dan seumpamanya.

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/42bffaaa18aae634482574420014e007?OpenDocument

خيرالأمين