Salaam
Mohon pencerahan dari yang arif.
Saya adalah seorang yang mudah terkeluar air mazi. Tidak kira sewaktu melakukan aktiviti, senaman ataupun pekerjaan. Bahkan, selepas membuang air pun selalu juga terdapat kesannya.
Seringkali juga sebelum mendirikan solat, saya akan memeriksa dahulu seluar dan membersihkan diri jika terdapat kesan mazi. Akan tetapi ketika saya solat, melakukan pergerakan otot(rukuk, sujud, etc) seringkali saya akan merasakan sesuatu yang keluar dari kemaluan saya. Selepas saya selesai solat, saya mendapati terdapat kesan crystal di seluar saya.
Soalan saya, perlukah saya mengulangi solat kerana sebab ini? Adakah penawar bagi mengubati penyakit ini?
Jazakallahu khair.
Waalaikumussalam,
ÈÓã Çááå æÇáÍãÏ ááå æÈÚÏ
Daripada keterangan saudara yang bertanya, kemungkinan saudara mengalami penyakit mazi berterusan atau saudara seorang yang memang banyak keluar air mazi. Hukum kes saudara seperti kes orang yang mengalami kencing berterusan.
Sedia maklum, mazi adalah najis dan biasanya ia keluar apabila seseorang terlalu banyak memikirkan soal seks atau perkara boleh menaikkan nafsu syahwatnya. Manakala jika selalu keluar seperti saudara ceritakan maka ia menunjukkan penyakit.
Sekiranya mazi tidak putus-putus keluar setiap waktu, maka BILA MASUK WAKTU SOLAT, saudara hanya wajib membasuh kemaluan saudara, kemudian terus mengambil wuduk untuk solat fardhu. Solat saudara sah walaupun masih keluar air mazi ketika solat.
Bagi solat sunat, saudara harus melakukan sebanyak mana solat sunat sehinggalah keluar waktu solat fardu.
Imam Bukhari (269) dan Muslim (303) meriwayatkan hadis Ali r.a. bahawa beliau mengatakan : “Aku adalah seorang lelaki yang banyak keluar mazi, aku menyuruh seorang lelaki bertanyakan Rasulullah hal ini kerana aku malu sebab puterinya adalah isteriku”. Lalu Rasulullah bersabda : “Ambillah wuduk dan basuhlah kemaluanmu”.
Kaedah fiqhiyyah menyebut : “Kesukaran membawa kepada kemudahan”
Manakala jika mazi anda keluar sekali sekala, dengan maksud, ada masa keluar banyak dan ada masa seperti biasa, maka lebih baik anda mencari waktu yang elok untuk basuh kemaluan dan ambil wuduk untuk solat.
Apapun, anda dinasihati agar berjumpa dengan pakar di hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Mudah-mudahan Allah Taala memberi kesembuhan kepada saudara.